Green n fresh

Green n fresh
Cool the eyesight!!!

mE..mY LiFe...& fRiENdS

mE..mY LiFe...& fRiENdS

Monday 31 August 2009

salam merdeka...selamat menyambut hari merdeka ke-52

Salam....MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!
Sedar xsedar dah 52 tahun Malaysia MERDEKA....dan untuk sampai ke tahap ini...pelbagai jenis usaha..halangan..yang dilakukan...ditempuhi...demi untuk satu kemerdekaan...
Alhamdulillah....setelah berhempas pulas....datuk nenek moyang kita dulu...berusaha gigih untuk memerdekakan Tanah Melayu...dan akhirnya merdekalah Tanah Melayu dari jajahan kuasa luar...
Apa erti merdeka untuk negara kita....diri kita?????????????Apa sumbangan kita sebagai menghargai erti kemerdekaan ini???????????Bertelagah sesama bangsa?Berebut-rebut menjatuhkan rakan sekerja?Perkauman yang amat ketara?Rasuah sana dan sini?Kroni-kroni yang tumbuh ibarat cendawan tumbuh selepas hujan...?????????????Jenayah yang semakin berleluasa..?Keruntuhan akhlak remaja...?Tahap sosial yang cenderung ke arah aktiviti-aktivit tidak bermoral...?Percanggahan fikiran?..Adakah fenomena ini semua hasilnya MERDEKA sebuah negara?
Pentadbiran baru gah diterajui ...slogan baru mula disebut serata Malaysia...SATU MALAYSIA..RAKYAT DIUTAMAKAN. Tapi sejauh mana peranan konsep ini dilaksanakan?Sejauh mana konsep ini dapat menjamin kesejateraan rakyat? Adakah benar-benar rakyat yang didahulukan?????????????? cuba luaskan pandangan....celiklah seluas-luasnya....sudah di tahap manakah konsep ini berlangsung...???????????????
Argh..terlalu banyak persoalan yang muncul...dek penangan satu Malaysia...
Sudah terlalu lama saya perhatikan situasi negara...alhamdulillah di Malaysia tiada peperangan seperti yang berlaku di negara-negara luar, Palestin...Gaza...semua itu adalah kerana ketamakan manusia...apabila nafsu..kehendak berjalan seiringan makan perikemanusiaan...hilang entah ke mana...mohon Allah beri rahmatNya..kepada seluruh muslimin muslimat di Malaysia..
Gimik politik yang dilakonkan oleh semua parti..bakal mencetuskan perkelahian sesama bangsa...
1Malaysia...tidak praktikal apabila kita lihat kepada situasi-situasi yang berlaku di sekekliling kita...di manakah letaknya kepimpinan melalui teladan....jika teladan diberi hanya boleh memecah-belahkan lagi bangsa....satu Malaysia akan boleh jadi..2..3..4..5..Malaysia...
Fikirlah...Bila nafsu dan keinginan beraja dalam diri, sanggup lakukan apa sahaja asalkan segala yang dihajati tercapai...Astaghfirullah....hukum2 agama semakim berani dipersenda...berlaku peperangan mental...peperangan idea...dikalangan kita. Tidak salah untuk memberi pendapat, tapi biarah wajar...difikir mengunakan akal yang waras...
MArilah sama-sama kita merdekakan jiwa...fikirkan untuk kebaikan negara 10 tahun akan datang sekiranya bertelagah sesama sendiri merebut sesuatu....xkan ke mana...dan akhirnya tidak mustahil...merdeka itu akan hilang...dan sejarah silam...berulang lagi...merempat di bumi sendiri...
Bersyukurlah dengan nikmat yang diperolehi sekarang...hargai penat jerih moyang2 kita..perjuangan mereka merdekakan tanah melayu harus dikenang sampai mati...harus dihargai..bukan bertelagah merebut kuasa...menjatuhkan sesama sendiri...jangan suatu masa nnti..kita merana...kerugian...sesungguhnya mereka yang rugi itu adalah mereka yang tidak menghargai nikmat....kecuali bagi orang-orang yang sentiasa beramal soleh...berpegang pada ajaran yang satu..dan sentiasa berpesan2 antara satu sama lain.
Bangsa dijulang...Islam diutamakan..tidak perlu kita ubah suai konsep ajaran Islam itu sendiri..cukuplah kita ikut apa yang diperintahkanNya....bukan kerana politik kita gah menuding jari...orang ini kafir..orang itu kafir...Masyaallah....mana ilmu kita pelajari selama ini...alangkah bagusnya kalo sama-sama menegur dengan cara yang berhikmah...ke arah perpaduan ummah...
Rata-rata saya perhatikan...fenomena yang sama...kuasa menjadi keutamaan..bukannya perpaduan ummah...perpaduan rakyat...dengan senang mengkafirkan orang lain....dengan senang melanggar hukum hakam yang ditetapkan syariat...kalaulah amalan selari dengan usaha untuk menang dalam pilihan raya...alangkah bagusnya...kadang2..lidah lebih laju mengucap kata....tetapi amalan perbuatan entah ke mana..ilmu tanpa amal sama seperti pokok tanpa buah...bercakap kosong tidak mampu mengubah sesuatu ke arah yang lebih baik...
Satu Malaysia...renung kembali kepada yang haq...tinggalkan segala yang batil...bangsa bersatu wujudkan 1 Malaysia...sama rata....sama adil...
Semoga keamanan Malaysia semakin bertambah baik...semoga konsep 1 Malaysia akan lahirkan rakyat yang harmoni...saling membantu..bertolak-ansur anatara kaum...Cina ,...India..Melayu...dan segala yang ada di Malaysia bersatu di bawah satu nama....MALAYSIA...untuk terus kekalkan..kemerdekaan...keamanan negara.

No comments:

Post a Comment