Green n fresh

Green n fresh
Cool the eyesight!!!

mE..mY LiFe...& fRiENdS

mE..mY LiFe...& fRiENdS

Sunday 15 January 2012

How....

Assalamualaikum....
How?? There is still a question mark. Solution is not yet found. Till today. Ya Rabb...give me extra super power...give me strength..give me patience..I really stuck! There is no road to lead me the destination. I found myself lost in the dark forest. Alone.
Ya Allah, guide me to the right way. If this is the way of my life and I have to accept it. If this is the punishment to me, I accept it. Tears, please stay there, I am tired of crying. I am tired of thinking..

Thursday 5 January 2012

day of increasing....

Hi..salam...barakallah..alaikum...
5th January....again..the increment of my age...hehehehe...HAPPY BIRTHDAY to myself. three days of working..everything went well and sharply arrived at work earlier than past years..credit n reward to myself. thumbs up!!!!Wooooha!!
I'm still the same person..nothing much different. The change is only for my age..not myself. May Allah give me the strength and the patience thorough out this life. Thanks to my hubby for everything. I love so much here n after...nothing much precious than the presence of you in my life. May our love everlasting till the heaven...I LOVE YOU!!!

Wednesday 4 January 2012

3rd day...1st day work..

Salam...
Hi....today is my 1st day of work...not bad...early morning..as I had finished with the breakfast, I dropped by at the office to collect the information since the office staff called and I was not heard the call. Lucky morning tralalalalalalaaa...met my bos and her sweetest words forever stunned me!Not only stunned but also stung!!!Blaa....blaa...bla....and I just wanted to defend myself because I was not the right person to be scolded or to be a place of her anger. Oh madame...I think you should not extend the service until you 60. I was so dumped when the things I did not do, and the authorized person blame me these and those. If I knew the stories earlier, I definitely shut my mouth to answer yours, madame!!!!
As a result,me n other friends have  to write show cause letter again and again for the collection of 2012. A good beginning madame! I salute your leadership.
As the mood swings at the school...and it slowly blown away by the wind I had a beautiful 1st day with my students. I got a comfortable time table, I got a wonderful jobs assigned to me for 2012 session. Marvelous!
Then, I just throw all the sadness into the pan when this evening I went to kitchen and cook some foods for dinner and baked 'layered meat bread'...So...lets go for the view...yeaaaaaaaaaaaha...click here ====>

'roti berlapis daging'  .....

Monday 2 January 2012

Subuh yang dingin...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Kokokan ayam mengejutkan seawal dinihari diikuti jelas kedengaran suara merdu mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-quranul Karim dari masjid terdekat. Alhamdulillah...syukur dengan nikmat ini, syukur dengan segala nikmat anugerahMu. Seiring dengan kokokan ayam bersahut-sahutan, kedengaran pintu rumah dibuka oleh AYAH, meredah embun dinihari untuk ke masjid, mengimamkan jemaah Subuh. Entah berapalah saf agaknya yang ada. Adakala AYAH meredah dingin Subuh berjalan kaki, menunggang motosikal (tapi kini tidak lagi sejak motosikalnya tersadai tanpa dibaiki kesan kecuaian cucunya yang belum pun punyai lesen untuk menunggang motor) dan kini AYAH lebih kerap menaiki keretanya untuk ke mana-mana masjid. Hujan masih lagi mencurah-curah membasahi bumi Allah tatkala saya mencoret sebaris dua kata. Masih kedengaran jelas suara AYAH sedang mengajar jemaah mengaji Al-quran, dan sempat saya dengar suara serak basah AYAH mengimamkan jemaah solat Subuh. Begitulah rutin harian lelaki yang berusia hampir 77 tahun, Allah memberinya nikmat kesihatan tubuh badan untuk terus berbakti kepada masyarakat. Mengajar kelas Al-quran di kampung-kampung jiran, mengendalikan kuliah selepas solat Subuh atau Maghrib di mana-mana masjid yang telah ditetapka oleh Pejabat Agama daerah kami diami ini. Kami sekeluarga adalah orang mendatang tapi usaha AYAHtidak pernah mengenal jemu dan akhirnya AYAH sekarang seolah-olah seperti anak jati kampung ini. Pagi yang dingin disertai bunyi curahan hujan yang menghempas bumbung rumah agam ini saya punyai idea begitu banyak;selebat hujan di luar sana. Saya tersenyum. Kagum??Jauh sekali untuk berasa kagum kerana bidang penulisan telah lama saya tinggalkan sebaik sahaja tamat peperiksaan SPM..belasan tahun yang lalu. Karangan terakhir saya adalah sewaktu di tingkatan 5. Senyum lagi, mengingatkan kepada guru Bahasa Melayu sewaktu di tingkatan 4 dan 5 yang selalu juga mengambil buku karangan saya sebagai contoh karangan terbaik! Terima kasih cikgu, atas ajaran dan didikan cikgu saya mampu mengarang dengan baik. Hari ini, kebelakangan ini saya terpanggil untuk mengarang dalam bahasa Ibunda, Bahasa Melayu. Tidaklah saya untuk bermegah mengatakan Bahasa Inggeris saya teramat baik, tapi sekadar biasa-biasa tapi mampu untuk bertutur dengan baik dalam bahasa Inggeris kerana sewaktu persekolahan dulu, saya amat meminati subjek bahasa. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab! Pernah mencuba untuk belajar Bahasa Mandarin sewaktu di pusat pengajian tinggi dahulu, tetapi tidak ada rezeki dan pelaung agaknya untuk menguasai bahasa tersebut. Semua itu sudah ditentukan olehNya. Di awal 2012 bumi Terengganu masih terus-menerus dibasahi hujan, dan saya masih di sini mencoret, mencatat sekelumit rasa sekadar berkongsi idea di masa lapang. Esok akan bermula sesi baru dan tugas yang digalas akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. amanah yang diberi tidak akan saya persiakan. Semoga Allah sentiasa berkati segala apa yang saya lakukan, amin!

Sunday 1 January 2012

1.1.2012

Salam....
Hari ini adalah hari pertama bagitahun 2012. Apa yang menarik?Hehehe..bagi orang yang macam saya, semuanya biasa-biasa sahaja. Tanpa sebarang sambutan apa-apa kerana bagi umat Islam sudah lepas tahun baru yang sebenarnya iaitu 1 Muharram lalu. Rasanya lebih berfaedah mengutamakan 1 Muharram daripada 1.1.2012 ini. Ini sekadar pendapat peribadi saya. Setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza-beza kan? Bagi saya apa perlu dikejar sesuatu yang kita tidak pasti untung pahalanya di mana berbanding denga sesuatu yang kita sendiri sudah pasti ganjarannya. 1 Muharram adalah khas untuk  umat Islam. Kita sudah ada tahun baru kita sendiri, maka sambutlah sebagaimana yang dituntut, bukan denga terkinja-kinja di tahun baru Masehi, menyertai 'countdown' yang  bercampur aduk berasak-asak lelaki perempuan bukan muhrim. Di sini ingin saya berkongsi dengan kalian mengenai bulan Muharram...

1. Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah.

2. Bulan Muharram adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (At-Taubah: 36)

Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.

Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM .

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasa yang paling utama sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa di bulan Muharram". (HR Muslim no. 1163).
Catatan di atas saya petik dari kelebihan-bulan-muharram.
Semoga apa yang ditulis di sini dapat memberi manfaat kepada semua. Wassalam

Saturday 31 December 2011

Blogwalking....

Salam...semoga hidup dirahmati Allah...selalu hendaknya.
Pagi di hari terakhir 2011..hati terpanggil untuk menulis blog..kenapa title BW? Terkisahkan mengenai BW setelah beberapa hari yang lepas, sebaik saja dapat akses masuk blog saya sendiri, maka terlihatkan oleh saya pada sudut kanan blog ini di mana di situ saya tinggalkan 'shout box' yang membolehkan sesiapa yang membuat kunjungan ke blog saya boleh meninggalkan sepatah dua kata. Tapi kebanyakannya adalah pemilik blog-blog yang berunsurkan komersial...mereka tidak bersahaja meninggalkan kesan di blog saya, tetapi blog mereka bukanlah sesuatu yang berunsurkan informasi tapi lebih menjurus kepada perniagaan. Tiba-tiba saya merasa bosan dengan ucapan-ucapan di 'shout box' itu.
Hari ini 31.12.2011...beberapa jam lagi untuk berganjak ke tahun baru Masehi, 2012. Semoga Allah masih meminjamkan nyawa ini untuk saya mencari bergunung pahala menebus dosa-dosa yang ada sebagai bekalan hari pembalasan. Ya Allah....ampunilah hambaMu yang kerdil ini....
Saya tidak pasti apakah azam-azam 2011 semuanya tercapai atau tidak, banyak yang mula hilang dari ingatan ini. Tak mengapalah, asalkan keimanan saya terhadapNya semakin menebal dari saat ke saat yang seterusnya. Itu yang paling penting. Semoga akidah ini tidak terpesong ke arah lain yang dimurkaiNya. Hari Sabtu terakhir untuk 2011 dan hari teakhir 2011! Semoga hadirnya 2012 memberi 1001 warna yang indah menghiasa kehidupan kita. Semoga 2012 tidak akan terus melalaikan kita dengan segala yang boleh membuat kita alpda dan melupakan matlamat hidup kita yang sebenar; menuju ke hari akhirat dengan bekalan yang cukup....dengan menggalas pahala yang tidak terhingga....InsyaAllah...Amin!

Thursday 29 December 2011

Hiburan

Assalam....
Semoga semua muslimin-muslimat sekalian dirahmati Allah...
Semalaman...menghabiskan masa dengan membaca artikel-artikel berkaitan Judais. Banyak rupanya agenda tersirat puak-puak Yahudi secara senyap atau 'silent action'..dan kita Melayu-Muslim tanpa disedari turut menyokong dan menyumbang kepada 'silent action' puak ini, Masyaallah...apa patut kita lakukan ye?Baik dari segi hiburan..hinggalah pendidikan,,rupanya terlalu banyak pengaruh Judais. Tapi dunia hari ini menjadikan hiburan sebagai halwa utama dalam hidup. Sanggup menghabiskan ribuan malahan jutaan ringgit untuk menaja itu dan ini yang melibatkan hiburan, namun di sisi agama ia adalah sia-sia kerana banyak mengundang kepada perkara-perkara mungkar. Bayangkan hiburan yang berbentuk nyanyian seperti diadakan konsert mega di sana sini, konsert gegar di situ sini yang mana hanya mampu mengundang dosa-dosa mega yang mampu menggegarkan tiang keimanan seseorang muslim...Adakah itu yang dituntut oleh ajaran Islam? Teringin untuk berkongsi sedikit pengetahuan yang dicedok dari majalah SOLUSI 39; kata-kata penulis Pahrol Muhamad Juoi;

‎'Manusia hari ini menikmati hiburan yang melalaikan umpama meminum air laut. Tekak yang tersangat dahaga, air laut terus diminum,namus sia-sia. semakin diminum, semakin haus jadinya'-Pahrol Mohamad Juoi, SOLUSI 39- Begitulah ibaratnya perumpamaan yang dikaitkan dengan hiburan yang banyak melalaikan. Ribuan penonton bola sepak mampu memenuhi stadium tapi kenapakah mereka yang muslim tidak mampu untuk memenuhi rumah-rumah ibadat..surau masjid setiap kali seruan mengerjakan solat dilaungkan? Inilah yang dikatakan umat akhir zaman..pernah terbaca di dalam SOLUSI juga...sekiranya solat subuh disertai oleh jemaah yang sama ramai dengan solat Jumaat, maka keadaan ini akan mampu melunturkan sikap berani puak kafir laknatullah..di mana barisan saf yang panjang tanpa putus himpunan umat Muhammad s.a.w berhimpun bersatu bisa mengundang rasa cuak di kalangan puak kafir. Bayangkan tatkala lena diulit mimpi indah, muslimin beramai memenuhi masjid, mampu bangun semata-mata untuk ke masjid demi mengejar segunung pahala dalam masa yang sama barisan saf yang utuh mampu melaungkan 'amin' hinggakan menggegarkan ruang legar masjid..Masyaallah...indahnya..umat bersatu. Tapi fenomena hari ini ternyata tidak seperti yang digambarkan malah ia adalah sebaliknya di mana masih ramai yang sedang seronok melayan haw nafsu sehingga ke dinihari, bergelak ketawa bersuka ria dari maghrib hingga ke subuh! Rapuhnya tembok iman sehingga hati meruntun mengikut nafsu yang banyaknya adalah hasutan musuh anak Adam;Iblis syaitan!

Sudah agak lama tidak melayangkan jari menyentuh papan kekunci ini untuk menulis menaip berbaris-baris kata, hari ini hati terpanggil untuk menyentuh papan kekunci sekaligus menarikan jari jemari melayangkan barisan kata-kata yang ada sedikit sebanyak boleh dikongsi, sedikit sebanyak yang diambil dari bahan-bahan bacaan ilmiah yang sedikit itu, amat payah untuk mulakan sesuatu yang baik;pembacaan bahan ilmiah. Sikit-sikit, lama akam membukit..Insyaallah. Rasanya cukup dulu untuk tatapan hari ini, semoga apa yang dikongsi boleh memberi manfaat kepada semua. Barakallah alaikum...wassalam.

Solusi 39

'Sesiapa yang tidak cukup dengan sedikit, tidak akan puas dengan yang banyak'...
Renung2kan...Selamat beramal...
Just to share..