Green n fresh

Green n fresh
Cool the eyesight!!!

mE..mY LiFe...& fRiENdS

mE..mY LiFe...& fRiENdS

Sunday 31 May 2009

Collections...of precious

Fikri and Faiz...one cool evening..at playground..enjoying themselves.




My precious moments....with my beloved nephews ..nieces...me myself..and I....


This is Nur Balqis...





LEft is Balqis...











down..me myself driving to the destination....










It just me...






Me again...




















Puteri and Emily...








Faiz...at playground...one nice evening...cool.











Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak kita ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada peluang kedua. Bererti masa tidak menunggu kita. Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan is berlalu begitu sahaja. Jangan tertangguh kerana takut kelak jika dibiarkan berlalu maka anda akan menyesal sebgitu sahaja.

Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankan. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita.

Terdapat bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana anda berada. Ini bermakna orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi dan pada masa yang lain ada orang yang tahu dia tidak bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya.

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut risiko atau cabaran yang bakal mendatang. Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.

Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepda orang yang anda sayangi dan cintai. Beritahu mereka dan biarkan mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka kepada anda. Anda akan rasa lebih yakin dan puas. Malah, anda juga kan rasa bangga terhadap diri anda kerana telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan dan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati hati anda kerana akibatnya hanya anda yang sengsara, bukan orang lain.

Salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi ia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya. Cinta itu adalah berasakan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda. Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cintai itu. Seterusnya diikuti dengan perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang kita cintai seada mereka walaupun dari hari ke sehari manusia sentiasa berubah.

Activities..

Hi..salam to anyone who visits my page...even it just a very simple stories posted..but everything is meaningful...to me. Today is 3rd day school break..but still don't have any interesting activity to do..just finished the academic camp for my student...3 days working hard for the camp..at last successfully organized with the co-operation from other teachers..Thanks to all who involved directly n indirectly in order to ensure the camp smoothly proceed...
Today I went to K. T to take my clothes from the tailor...the ready-made....six-pairs all....n sent the Hari Raya 'baju kurung'....and went to meet my friend..had some chit-chat while eating 'mihun tom yam'..n he was eating black paper steak...Everything went ok...and comfortable..just me myself..was late for the meeting...and might be wrongly chosen the place to eat...in spite of late-serving the order, the foods were also not so tasty...and for the best....this place was not listed in the list anymore...hehehehhehe...who cares?Customer is always right....is it????????
Tomorrow? Dunno what am gonna do...'lepaking' at home may be... just wanna relax...while waiting for the right time to mark my students' script...
Expecting the best of the best..for my life....

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan
Heheheh..aku saja post lagu ni kat blog aku...lagu ni is my fav...agak oldies...tapi meaningful...tak kisah la apa pendapat orang lain...kita dilahirkan dengan citarasa yang berbeza...kan?
Erm...dalam kehidupan ni memang ada je perkara yang tak diduga tiba-tiba je muncul..tanpa diundang...kadang kala kita tertanya-tanya...adakah itu suatu yang tersurat untuk kita...atau sekadar satu kebetulan....apa jua jawapannya...terpulang pada masing-masing..
Dalam kehidupan seharian...kita sering utarakan tentang kehidupan...pilihan..walhal...dalam kehidupan...kejujuran itu semakin jauh...dan hingga kini masih diam tanpa jawapan.
Kehidupan ni terlalu banyak peluang dan pilihan yang terbentang di hadapan...tetapi kenapa terlalu sukar untuk membuat pilihan yang tepat...ada kala pilihan yang dibuat sering saja ada kesilapan...aduhai..itulah asam garam kehidupan...apa jua pilihan kita...itulah yang kita terima....kita nak apa yang kita dapat....dan apa kita idamkan tidak selalunya akan mendatangi kita......fikir2kan lah....




School break is coming..............



















Happy holidays!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!







Happy holidays to all students and teachers!!!!!!
Get a great vacation....wonderful moments...........................

Sunday 24 May 2009

Dulu dan sekarang...

Pelajar-pelajar dulu sangat menghormati guru,
Pelajar-pelajar sekarang sanggup memaki guru.
Pelajar-pelajar dulu dengar cakap guru,
Pelajar-pelajar hari lawan cakap guru,
Pelajar-pelajar dulu belajar bagai nak mati,
Pelajar-pelajar hari sanggup lari dari belajar,
Pelajar-pelajar dulu tak reti melawan,
Pelajar-pelajar hari ini reti serba-serbi.
Pendek kata pelajar-pelajar dan remaja hari ini ibarat jauh panggang dari api kalo nak dibezakan dengan pelajar dulu..
Hari ini aku menegur seorang pelajar lelaki yang memang muka dia sangat jarang berada dalam kelas subjek aku, aku dah tak kisah kerana itu pilihan. Aku menegur dengan suara yang lembut,
"Kenapa tak pakai stokin?"
"Ayah saya dulu datang sekolah tak pakai stokin jugak cikgu,"
"Sekarang kita dah bertamadun, taraf hidup semua orang pun dah berubah."
"Cikgu pergi check cikgu-cikgu yang lain ada jugak yang tam pakai stokin."
"Siapa awak untuk bandingkan guru-guru dengan awak?"
"Kalau nak setaraf dengan guru, atau nak menjawab dengan guru, pastikan diri awak berada dalam golongan cemerlang, dan lulus semua matapelajaran setiap kali peperiksaan.
"Dah-dahla cikgu."
Itulah senario pelajar hari ini bila ditegur guru. Siapa yang nak dipersalahkan?APa yang patut seorang guru, insan biasa mampu lakukan?
Pelajar ini bukanlah pelajar cemerlang, juga bukan pelajar harapan malah dia selalu gagal hampir dalam semua subjek. Selalu ponteng kelas subjek kimia.......dan aku memang gagal mendidik mereka...kerana aku tidak mampu menghadapi dan tidak begitu gagah untuk berdepan dengan kerenah mereka yang sebegini. Apa yang aku paparkan ini hanya sebahagian dari babak-babak sedih yang adakala meruntun jiwa aku sebagai guru mereka. Aku tak mampu nak membimbing mereka secara sepenuhny, mereka sendiri telah memilih jalan mereka sebegitu, dan hanya doa sajalah mampu aku titipkan buat mereka semoga Tuhan membuka pintu hati mereka ini agar sedar perjuangan mereka itu seharusnya untuk kebaikan diri mereka di masa akan datnag. Mudah-mudahan mereka akan sedar siapa mereka...tanggungjawab terhadap diri mereka...amin.

Wednesday 20 May 2009

Flying without wings....freely move...

Assalamualaikum..wbt.
Am back again..undoubted..mind.
Freely thought...relief mind...thanks to those understood me..stand still behind me..supporting me endlessly..may God blesses those kindly heart..amin.

Everybody's looking for that something
One thing that makes it all complete
You'll find it in the strangest places
Places you never knew it could be

Some find it in the face of their children
Some find it in their lover's eyes
Who can deny the joy it brings
When you've found that special thing
You're flying without wings

Some find it sharing every morning
Some in their solitary lives
You'll find it in the words of others
A simple line can make you laugh or cry

You'll find it in the deepest friendship
The kind you cherish all your life
And when you know how much that means
You've found that special thing
You're flying without wings

So, impossible as they may seem
You've got to fight for every dream
Cos who's to know which one you let go
Would have made you complete

Well, for me it's waking up beside you
To watch the sunrise on your face
To know that I can say I love you
In any given time or place

It's little things that only I know
Those are the things that make you mine
And it's like flying without wings
Cos you're my special thing
I'm flying without wings

And you're the place my life begins
And you'll be where it ends

I'm flying without wings
And that's the joy you bring
I'm flying without wings

Sunday 17 May 2009

Mengemis KasihMu...

Mengemis kasih
Album : Gema Alam
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA....SELAMAT HARI GURU 2009..






'GURU PEMBINA NEGARA BANGSA'....was chosen for the main theme of celebrating teacher's day 2009...happy Teacher's Day to all teachers!!!!Thank you teacher....'terima kasih cikgu'.
Cikgu..jasamu dikenang...
Jika tidak kerana didikan dan ajaranmu...
maka mungkin tidak aku mampu berdiri
sebagai seorang manusia berguna pada hari ini...
Cikgu...jika tidak kerana penat lelahmu yang tidak pernah henti dan jemu membimbing..
maka tidak juga aku mampu mendaki tangga kejayaan hingga ke hari ini...
cikgu...jika tidak kerana leteran demi leteran yang tidak henti-henti
laju berdesup dari bibirmu maka tidak juga aku hari ini mampu
mengecap dan memahami erti hidup yang serba indah ini..
Cikgu...jika tidak kerana nasihat bergunamu...
Maka tidak juga aku mampu melihat dunia ini jauh ke hadapan...
Tidak juga aku akan fikirkan masa depanku...dan tidak juga aku menjadi manusia berguna
Cikgu...walau apa sekalipun gelaran buatmu..walau apa sekalipun panggilan untukmu..
Jasamu tetap kukenang hingga akhir nyawaku...
Budimu tetap semadi di hati hingga penghujung hayatku..
Semoga hidupmu dirahmati Allah dunia dan akhirat..
Semoga barakah sentiasa menghiasi hidupmu dunia dan akhirat...
Semoga segala jasamu dianugerahkan Allah kesejahteraan hidup dunia dan akhirat...
Terima kasih cikgu!!!!!
Hasil-akue17 Mei 2009-
Today we are celebrating Teacher's Day at school....got a lof of fun....when teachers involved with 'tele-match' or so call 'sukaneka'...hahahahah..lucu bukan main lagi bila cikgu-cikgi lepaskan geram pada acara-acara yang ada tu...macam-macam...mula dengan game ikatan terpanjang menggunakan apa sahaja item yang ada kat badan....then..lempar belon berair...silap xreti sambut basah kuyup satu badan...then cari gula-gula dalam tepung.yang ni ramailah jadi tepung gomok..hahahahahaha...
Masuk tahun ni dah tahun ke-4 celebrate Teacher's Day...erm tahun ni terasa lebih bermakna dari tahun-tahun sudah...aku agak rapat dengan pelajar-pelajar aku...especially yang tingkatan 5...erm for any teacher...we are not expecting for the present from our students..but just for the changes that would alter them to be a better person in the future an also to be a polite student in spite of success in whatever they do...itu harapan seorang guru....Tema tahun ini agak menarik...di mana di situ aku nampak secara tersurat bahawasanya bangsa negara ini terletaknya di tangan seorang guru...gurulah yang akan menggarap bagaimana lakaran akan datang...ibarat kata di bahu kiri dan kana seorang guru tergalas tugas yang berat bagi memastikan negara bangsa yang terbina adalah lebih berkualiti....cemerlang akidahnya..mantap akhlaknya...potensinya jauh ke depan seiring dengan inovasi yang tinggi, kaya budi bahasanya selaras dengan santun yang mulia...tajam pemikirannya bagi pembangunan negara menuju ke arah globalisasi...Ya Allah...mampukan aku seorang guru kerdil menggalas amanah ini?Tema ini adalah amanat untuk kami semua warga guru...bukan sekadar coretan sekadar menghiasi warna-warni perayaan HARI GURU 2009 tetapi ia adalah AMANAT yang harus kami laksanakan dengan sebaik mungkin..aku menyeru diriku sendiri juga rakan guru yang sama-sama menghayun langkah seiring dan sejalan dalam mewarnai dunia pendidikan abad ke-21 ini..marilah kita sama-sama mencuba yang terbaik untuk merealisasikan impian ini...marilaha kita sama-sama jalankan tugas dan tanggungjawab kita dengan hati yang ikhlas dan redha....segala budi ditabur...bakti yang disemai...keringat yang tercurah tidak mampu dinilai denga wang ringgit....moga-moga di akhirat sana nanti cahaya-cahaya doa anak-anak murid kita bakal mengiringi dan menemani kita...cahaya-cahaya keikhlasan dalam tugas kita sumbangkan akan terus menerus menerangi gelap kita nanti..InsyaAllah...
Agak lama aku tak up date blog aku...actually aku agak busy dengan life aku...even having a single life but it doesn't mean I do not have any others commitment...I do have a lot of commitments compared to others married....hehehehehehe...last weekend spent my days with my nieces n nephews since my sister was away to Kemaman..and also had to look after my dad...had to prepare for his meals...then on Saturday went to my schoolmate's wedding...and also paid a visit to my sisters...then drove back to Setiu around 7 something after Mahgrib prayer. So my days was filled with variety of task...n oso today my sister again away to Besut attending course till Tuesday...and me also will have a course at Grand Continental Hotel...check-in tomorrow but I have to set off next tomorrow morning due to my father is alone at home now...for tomorrow...no need to preprare much for my class...coz now is examination season...till next-next week..before school break...Now am aone at home....huhhuhuhuhuh..used to be like this since my mum passed away in 1990...so trained to face it since that time....what to..do..life must go on...no matter how hard it is..how hurt it is...this is our life..our fate...right???????????????So..need to away for something more important..calling to perform my responsibilty to myself....wsalam..

Tuesday 12 May 2009

Unachieveable..

Salam....online agak lewat malam ni...petang tadi tertido...bangun oun agak lewat..around 6 something. Erm..y unachieveable? There are a lot of things in my mind..but it just there...whether it happens or not, that in very uncertain thing and unpredictable.
Dreams that still so-called dream....
  1. Wish to further study abroad....(where?when?how?)
  2. Wish to pursue for the next level (pending for action...what?where?)
  3. Wish to meet someone that can get along..understand each other .(what's for?who?no idea....)
  4. Wish to be better and better time to time...
huh...so many wishes....dunno how to realise and how to make it...exactly dunno when it will come true..................Having this precious life is a wonderful gift even though without beloved person who had left me almost 17 years...Al-Fatihah....

Monday 11 May 2009

Stand still

Hi...and Salam to all..anyone who visits my blog...the compliments is appreciated. My last entry was 2 or 3 days ago. Last weekend I was in Kuala Terengganu, spent my holidays at my sister's home while enjoyed myself with my nieces, nephews and grandniece...(am I already old to be called 'Wan Chu???) Whatever................
On Sunday, I managed to see my old friends...after almost 10years did not meet each other and today everyone has became somebody...who contributes much in nurturing and also educating people...my old friends..a dentist and lecturer 9in process to pursue her ph.D)...I am also proud with u guys....n am glancing a while to myself...am still here...stand still at the same place...without any movement forward...to grab something precious...am planning for that thing but yet dunno when it will come the rite time for me to decide n to make the dream come true...to realize the plan...am totally lost...of seeking the best way of solution. Hope God will always eases off everything on me...
Am still searching for something good for my better life...but still not find it..an I keep seeking n seeking until am tired to do so. The unfinished things still pending for further action and till today I haven't get any inspiration on working for it. Sometime focus is not fix at the same place or might be loose for certain reason...heheheheheh.
I'm living this life happily with people around me..with almost everything is complete...complete for my eyes but may be not for others' sight. I never care for what people around me complained about me, even though I realize that sometime I can not ear-off for everything...but if the same things are repeated for all the time, definitely n automatically it will turn to deaf for every irritating-issue....am I too sensitive?NO!!!!!!!
God has planned every good thing for his men/women...so I believe that some fine day then I will find it...InsyaAllah..day and night I perform prayers to him asking for his blessing...seeking for the guidance...asking for the constancy of my belief...towards aDdin...
Hoping for the continuously preservation of life...the changeless of Iman...high of patience...and positive thought...
When counted for the past days life post mortem, I'd rather chose for rewinding it back because am gonna to the things better than yesterday, but time is not wait for man.....just take the past experience as the best teacher for myself n do it better for next days....I often ask myself why should I had gone trough that type of life...why should I had acted that way.....poor me for could not answer it all...
Today, I am also not to be forgotten by my students to receive a mother's day-wish...hahahahaha..may be I am a mother-to-be coming soon.....................hihihihihih...some of my students insistently to gibe me a so-called gift : tent cent coin and a name card... as a teacher would not to disappoint them..I do accept anything from my students either good or bad..I am just trying to be cool with them but not all the time, when it comes the time for to scold them for the wrong-do then I have to scold them. Being a teacher is not only teach them about the chemistry theory or teach them how to speak English..or the correct grammar..but also have to nurture them..for dos and...don'ts...but facing the 2009 students much more challenging...perhaps that I will be much more stronger..to guide my students to be a better person with a good attitude...and a bright future...Ameeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeen....
It is near to midnight..bu I am stand still up-dating my blog without completing my task....may be esok masih ada.............hahahahahaha..esok jela buat jadual tu..esko budak2 exam....so sambil2 monitor budak2 exa..buatje lah esok....erm kalo ikutkan hati, byk je nak story..but mata dah ngnatuk...esok aja lah................................wsalam.

Friday 8 May 2009

Hari ini...


Hari ini..Alhamdulillah..aku bangkit di awal pagi...masih mampu dan diberi peluang menghirup udara nyaman dan segar menikmati dingin air di tempat aku dilahirkan. Masih lagi mata ini mampu melihat matahri terbit di hujung sana..menikmati indah cantik biasan cahaya menerjah jendela...
Hari ini aku masih berpeluang mengucap syukur bersujud pada yang Esa menunaikan kewajipan 5 kali sehari dan hari ini segalanya bermula dengan indah...Alhamdulillah.
Hari ini aku mampu dengan izin dariNya untuk menapak langkah menziarahi saudaraku di rumah sakit, di sana sejuta keinsafan menerjah dalam diri dan ribuan syukur kuucapkan untuk kesekian kali melihat segelintir yang diujiNya kesabaran mereka menghadapi saat getir tatkala badan yang suatu masa dulu kuat dan gagah kini terlantar sepi...
Dan hari ini juga aku berkesempatan menziarahi ibu kepada salah seorang pelajarku secara kebetulan...namun di situ aku bagaikan tidak mampu berucap banyak..hibakan apabila teringatkan punca si ibu terlantar di wad..ekoran terkejut dengan apa yang menimpa anak-anak yang tidak sampai berminggu berada di sekolah itu, namun itulah hakikat yang perlu dijelaskan. Yang salah tetap akan salah dan keadilan akan tentukan segalanya.
Hari ini aku masih lagi di sini menjalani dan meneruskan segala perjuangan dan tugas yang masih belum selesai. Masih banyak tugas tergalas ke hulu dan ke hilir menanti masa menunggu giliran. Adakalanya sengaja aku tangguhkan keran tandusnya idea..adakala terpaksa dek kekangan masa yang andainya diberi 30 jam sehari pun belum tentu terlaksana segalanya. Itulah dia hakikat segalanya...kekangan itu dan ini dijadikan alasan tanpa ada rasa inign untuk berusaha...Apakan daya, manusia biasa adakala alpa..kadang kala lupa..leka...diulik segala macam melodi..ada yang indah...mendayu.berlagu syahdu..ada yang melankolik beralun sedu...Hari ini aku masih tercari dan mencari di mana letaknya diri aku....dan aku sendiri masih memikirkan jawapab bagi persoalan itu...Semoga hari esok akan lebih indah dari sebelumnya.....dan soalan itu akan terjawab.....Amin...........

Thursday 7 May 2009

Countless...

Hi..and assalamualaikum to everyone who knows me...who reads this blog...who is always visiting my site...thanks a lot for the hidden compliment. Today, life as usual without any colorful story just black and white of life...nothing much different compared to previous days...my countless days...with the countless memories...and so on. My feelings to all seem to change..my impression to some people may vary and it is gonna change. Walking into this 2009, made me closer to everyone around and started to see the color of some people..which is different from the first time I met them. This is only the evaluation with myself, am not going to shout it out to others. It may become something worse to do so. Life is very subjective. Life is sometime wonderful. Life and death is unexpected thing. Our life expectancy will never can be counted. I'd love to glance back to my all good time..my sweet child time. Walking through this life sometime it is hard sometime not. Breath is stuck when it comes the other story..the other questions which are may not answered for the right or for the wrong. I wonder why sometime people preferred to give so many questions which is I am not able to respond well because it is not stated in my mind for the actual thing.
I am a bit tired ...sometime restless for the same thing. I wish that I would..and able to finish it all but am too weak to get it. I really could not find the way to solve, but still seeking for the answer for all the inquiries. Still pending....hanging..till the right time...it will be answered correctly.

Wednesday 6 May 2009

SeLAmAt hARi ibU!!!!


Kau Pergi Jua

Wajahmu... seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu mengapa sering terbayang di mataku
Sehingga terbawa di dalam mimpiku

Sayangku
Tahukah kau di dalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta yang suci
Kau bunga ingin kusunting mu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku

Sayangnya... harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi
Oh... Kau pergi jua
Setelah cintaku kini membara
Belum sempat kucurahkah kasihku
Kau pergi tak kembali

Ingin kusunting mu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku

Al-Fatihah buat arwah ibuku...Zahrah binti Mahmud. Moga damai dan tenang di sana...........mak


Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak

Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku Entah bila... aku nak talipon mak Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..... ..... MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap waja h ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.


Kisah Benar...

Hari ini aku ke sekola macam biasa...rutinku sebagai seorang guru masih tidak berubah...intipatinya tetap sama...yang berbza mungkin pedagogi yang digunakan..mungkin pelbagai kaedah dan cara digunakan untuk mengajar, mendidik dan membimbing pelajr-pelajar. Tapi hari ini aku tidak tahu apakah hasil pedagogi yang digunakan selama ini menghasilkan pelajar-pelajar yang telah berjaya mencipta onar di sekolah kami...Paling menyedihkan ia berlaku di antara kaum yang berbeza..amat mendukacitakan. Seminggu yang lalu sekolahku menerima kehadiran 3 orang pelajar cina, hanya mereka bertiga berlainan bangsa, seorang di tingkatan satu, perempuan, dua lagi lelaki di itngkatan 4 dan tingkatan lima. Aku selaku penyelaras tingkatan 5 dengan hati terbuka menerima dan menempatkan di kelas masing-masing. Pada aku, apa sahaja bangsa mereka, tujuannya adalah sama, tiada beza dan sempadan. Zahirnya perspektif pertama aku pada mereka juga adalah sama. Mereka pelajar yang perlu dibimbing walaupun setelah melihat latar belakang pendidikan mereka, agak menyedihkan kerana hampir setahun pelajar-pelajar lelaki cina ini tidak bersekolah, aku tidak pasti apa alasan mereka..Aku tinggalkan sebab-musabab mereka itu di belakang kerana yang diambil kira adalah apa keinginan mereka pada masa sekarang. Hak diberi pendidikan tetap ada untuk mereka.
Tapi.............
minggu ini masuk minggu ke-2 mereka bersama warga sekolah aku menimba ilmu, satu insiden telah berlaku di mana kedua pelajar lelaki cina ini telah terlibat dengan pergaduhan..Yang menjadi punca adalah kerana sebatang rokok!
Memang pada awal..penampilannya agak luar biasa, gaya dan lagaknya agak menyakitkan mata tetapi setelah dinasihat ada sedikit perubahan. Tapi bagi pelajar-pelajar aku yang tidak biasa menerima pelajar berbangsa asing mungkin ia adalah sesautu yang baru. Adakala aku melihat sikap pelajar-pelajar aku ini seperti 'jakun' dan kolot..agak memalukan apabila melihat tingkah-laku mereka apabila melihat pelajar-pelajar cina ini.
Bilik guru hari ini dikejutkan dengan kelibat pelajar-pelajar cina ini yang datang dalam keadaan takut denga baju yang terdapat beberapa titis darah. Agak mengejutkan guru-guru!
Setelah ditenangkan cerita satu -persatu terungkai. Amat memalukan! Pelajar Melayu meminta rokok daripada pelajar Cina tetapi tidak berjaya kerana pelajar Cina tersebut enggan memberikan pelajar Melayu waima sebantang rokok! Ekoran hal tersebut, pelajar Melayu menggelarkan pelajar Cina itu 'samseng'. Dan pelajar-pelajar Cina ini telah dikelilingi oleh beberapa oleh pelajar Melayu sewaktu rehat bagi menengah atas berdekat tangga dan telah berlaku pergaduhan di mana pelajar Melayu yang tidak ada kena-mengena tiba-tiba menendang pelajar Cina tersebut! Dan segalanya bermula....sehinggalah apabila semakin ramai pelajar Melayu menuju ke tempat itu, maka pelajar Cina cuba mencari tempat lebih selamat iaitu menuju ke arah bilik guru. Satu tindakan yang berani...bagi diri mereka, mereka tidak bersalah dan tidakperlu takut!
Aku amat sedih ...terkejut..kecewa...marah berbaur geram apabila mengetahui punca sebenar...Di sini aku langsung tidak menyokong pelajar Melayu bukan kerana aku sukakan pelajar Cina itu tetapi sikap dan tindakan yang boleh dikatakan agak 'bodoh' yang dilakukan oelh pelajar Melayu!!!! Inilah fenomena sebenar sikap pelajar Melayu hari ini. Ponteng kelas, merokok , video lucah adalah perkara utama. Pelajaran sudah menjadi perkara yang membebankan pada mereka!!!!
Adakala penat memikirkan! Apabila berlaku kes sebegini, kami guru-guru disiplin agak pening kepala! Dan terpaksa membawa kes ini ke Balai Polis kerana bimbangkan keselamatan pelajar-pelajar Cina ini. Adakala orang Melayu terlalu sibuk untuk masuk campur hal orang lain...walhal tiada kaitan dengan diri mereka..kesudahannya mereka sendir menerima padah!
Kesia melihatkan ibunya (pelajar Cina) yang datang dan apabila mengetahui hal ini, dia mengalami kejutan di samping mengidap sakit jantung.Aduhai malang nasib diri...mendatang di tempat asing, tiba-tiba terima padah..di mana silap mereka? salah siapa?????????????
Aku sebagai guru MElayu, malu dan kecewa melihatkan hal sebegini berlaku...di manakah nilai budi bahasa bangsa Melayu yang diagung2 kan....????????????Sesungguhnya yang kurik itu kendi yang merah itu saga..yang baik baik itu budi yang cantik itu bahasa......................!
Aku mengharapkan pelajar-pelajar aku menjadi orang yang berbudi-bahasa....beradab-sopan...tapi agak payah untuk melentur 'buluh'...................itulah cabaran kami guru di alaf 21 ini...dalam menuju globalisasi, banyak perkara yang adakala jauh ketinggalan di belakang. Globalisasi adakala mencetus bahana apabila tidak difahami dengan sebaiknya...