Green n fresh

Green n fresh
Cool the eyesight!!!

mE..mY LiFe...& fRiENdS

mE..mY LiFe...& fRiENdS

Monday 31 August 2009

10 Ramadhan...Sutra Beach Resort

Salam....
Hai...petang tadi last dapat invitation berbuka lagi...kat Sutra Beach Resort..makanan sedaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap!!!!Jom..layan pics...:)




























salam merdeka...selamat menyambut hari merdeka ke-52

Salam....MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!
Sedar xsedar dah 52 tahun Malaysia MERDEKA....dan untuk sampai ke tahap ini...pelbagai jenis usaha..halangan..yang dilakukan...ditempuhi...demi untuk satu kemerdekaan...
Alhamdulillah....setelah berhempas pulas....datuk nenek moyang kita dulu...berusaha gigih untuk memerdekakan Tanah Melayu...dan akhirnya merdekalah Tanah Melayu dari jajahan kuasa luar...
Apa erti merdeka untuk negara kita....diri kita?????????????Apa sumbangan kita sebagai menghargai erti kemerdekaan ini???????????Bertelagah sesama bangsa?Berebut-rebut menjatuhkan rakan sekerja?Perkauman yang amat ketara?Rasuah sana dan sini?Kroni-kroni yang tumbuh ibarat cendawan tumbuh selepas hujan...?????????????Jenayah yang semakin berleluasa..?Keruntuhan akhlak remaja...?Tahap sosial yang cenderung ke arah aktiviti-aktivit tidak bermoral...?Percanggahan fikiran?..Adakah fenomena ini semua hasilnya MERDEKA sebuah negara?
Pentadbiran baru gah diterajui ...slogan baru mula disebut serata Malaysia...SATU MALAYSIA..RAKYAT DIUTAMAKAN. Tapi sejauh mana peranan konsep ini dilaksanakan?Sejauh mana konsep ini dapat menjamin kesejateraan rakyat? Adakah benar-benar rakyat yang didahulukan?????????????? cuba luaskan pandangan....celiklah seluas-luasnya....sudah di tahap manakah konsep ini berlangsung...???????????????
Argh..terlalu banyak persoalan yang muncul...dek penangan satu Malaysia...
Sudah terlalu lama saya perhatikan situasi negara...alhamdulillah di Malaysia tiada peperangan seperti yang berlaku di negara-negara luar, Palestin...Gaza...semua itu adalah kerana ketamakan manusia...apabila nafsu..kehendak berjalan seiringan makan perikemanusiaan...hilang entah ke mana...mohon Allah beri rahmatNya..kepada seluruh muslimin muslimat di Malaysia..
Gimik politik yang dilakonkan oleh semua parti..bakal mencetuskan perkelahian sesama bangsa...
1Malaysia...tidak praktikal apabila kita lihat kepada situasi-situasi yang berlaku di sekekliling kita...di manakah letaknya kepimpinan melalui teladan....jika teladan diberi hanya boleh memecah-belahkan lagi bangsa....satu Malaysia akan boleh jadi..2..3..4..5..Malaysia...
Fikirlah...Bila nafsu dan keinginan beraja dalam diri, sanggup lakukan apa sahaja asalkan segala yang dihajati tercapai...Astaghfirullah....hukum2 agama semakim berani dipersenda...berlaku peperangan mental...peperangan idea...dikalangan kita. Tidak salah untuk memberi pendapat, tapi biarah wajar...difikir mengunakan akal yang waras...
MArilah sama-sama kita merdekakan jiwa...fikirkan untuk kebaikan negara 10 tahun akan datang sekiranya bertelagah sesama sendiri merebut sesuatu....xkan ke mana...dan akhirnya tidak mustahil...merdeka itu akan hilang...dan sejarah silam...berulang lagi...merempat di bumi sendiri...
Bersyukurlah dengan nikmat yang diperolehi sekarang...hargai penat jerih moyang2 kita..perjuangan mereka merdekakan tanah melayu harus dikenang sampai mati...harus dihargai..bukan bertelagah merebut kuasa...menjatuhkan sesama sendiri...jangan suatu masa nnti..kita merana...kerugian...sesungguhnya mereka yang rugi itu adalah mereka yang tidak menghargai nikmat....kecuali bagi orang-orang yang sentiasa beramal soleh...berpegang pada ajaran yang satu..dan sentiasa berpesan2 antara satu sama lain.
Bangsa dijulang...Islam diutamakan..tidak perlu kita ubah suai konsep ajaran Islam itu sendiri..cukuplah kita ikut apa yang diperintahkanNya....bukan kerana politik kita gah menuding jari...orang ini kafir..orang itu kafir...Masyaallah....mana ilmu kita pelajari selama ini...alangkah bagusnya kalo sama-sama menegur dengan cara yang berhikmah...ke arah perpaduan ummah...
Rata-rata saya perhatikan...fenomena yang sama...kuasa menjadi keutamaan..bukannya perpaduan ummah...perpaduan rakyat...dengan senang mengkafirkan orang lain....dengan senang melanggar hukum hakam yang ditetapkan syariat...kalaulah amalan selari dengan usaha untuk menang dalam pilihan raya...alangkah bagusnya...kadang2..lidah lebih laju mengucap kata....tetapi amalan perbuatan entah ke mana..ilmu tanpa amal sama seperti pokok tanpa buah...bercakap kosong tidak mampu mengubah sesuatu ke arah yang lebih baik...
Satu Malaysia...renung kembali kepada yang haq...tinggalkan segala yang batil...bangsa bersatu wujudkan 1 Malaysia...sama rata....sama adil...
Semoga keamanan Malaysia semakin bertambah baik...semoga konsep 1 Malaysia akan lahirkan rakyat yang harmoni...saling membantu..bertolak-ansur anatara kaum...Cina ,...India..Melayu...dan segala yang ada di Malaysia bersatu di bawah satu nama....MALAYSIA...untuk terus kekalkan..kemerdekaan...keamanan negara.

Sunday 30 August 2009

KELEBIHAN-KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH

“Solat berjemaah adalah 27 KALI LEBIH BAIK daripada solat secara bersendirian.”
(Bukhari, Muslim dll)

Ada dalam kalangan masyarakat kita yang memang suka solat fardhu di rumah walaupun tanpa ada sesuatu keuzuran. Mereka (kadang-kadang kita dan saya sendiri pun) buat endah tak endah saja dengan janji Allah untuk mengurniakan kelebihan 27 kali jika solat berjemaah. Tapi cuba kita tukarkan bilangan 27 itu dengan wang!

Sesiapa yang solat fardhu di rumah akan dibayar RM 1 oleh kerajaan. Sehari semalam dapatlah RM 5. Sesiapa yang solat fardhu berjemaah di masjid surau pula akan dibayar RM 27 setiap satu waktu. Dalam sehari semalam dapat RM 135. Sama-sama kita fikir, di mana masyarakat kita akan menunaikan solat fardhu mereka? Alamatnya penuhlah masjid dan surau. Pada waktu Maghrib mungkin ada masjid surau yang tidak cukup ruang.

Bukan anak-anak lelaki saja yang dipaksa oleh ibu bapa mereka ke masjid, tak mustahil anak-anak perempuan pun akan dipakaikan pakaian lelaki dan digesa pergi sama. Mana taknya, seorang anak boleh dapat RM 27, lima orang anak sudah RM 135 untuk satu kali solat!

Sekadar inilah taraf keimanan orang kita (tak terkecuali saya sendiri) dalam soal solat fardhu berjemaah ini. Kita memandang DUIT lebih besar daripada kasih sayang Tuhan dan pahala. Dalam dakwah Tajdid Segar ini, kita mestilah mengasuh diri kita dan seterusnya masyarakat dan umat supaya memandang kasih sayang Tuhan dan pahala adalah lebih penting untuk diperolehi.

Mudah-mudahan dijauhkan segala bencana...

salam....semoga hari ini lebih baik dari semalam...amin!
Semasa on the way back from CIMB Bank I got a message..from my xschool counselor..she told about her daughter who was suspected of H1N1...shocked to know about it..I called her n talked to her...kesiannya! Walau apa2 pun saya dan rakan2 sekerja sentiasa doakan semoga dijauhi segala bencana...wabak ini..Segala yang berlaku atas kehendakNya...bukan kita pinta...mudah-mudahan kak Pah tabah n sabar...dan semoga segalanya dijauhi jangkitan wabak H1N1...
Petang ni sempat settle down payments....n balik umah penat betoooooool!
So hari ini menu simple...kakak saya dah belikan..tunggu masak nasi je..penat sgt2...kelas full jugak hari ni...tapi dah dapat jadual baru. I like it!!!!!!!!
Kelas dah berkurangan....dah xajar English form 4...but still for form 5...erm hari ni masuk just bagi model soalan2 je...lagi sehari dua nak trial..bg apa2 pun..sebelum ni dah melambak2 enrichment...tips...everything is done n given!!!!!
Saya sentiasa 'ceramah' kat pelajar2 supaya fikirkan 10 thun akan dtg siapa mereka...so hari ni diorg sedang lakar n lukis gambaran masa depan mereka..kalo malas..n sampai skrg xsedar2 asyik ponteng....sendiri mau ingatlah...
Saya xnak anak-anak Melayu berebut-rebut dimasukkan ke pusat2 pemulihan..biarlah berebut2 kejar peluang utk jadi yg labih baik.....saya sentiasa doakan agar mereka lebih baik...dari sebelum2nya...amin.
PAgi2 tadi kami guru2..dah kena 'sound' hebat..xpayah pakai microphone..jeritan nyaring 'orang itu' cukup menyakitkan telinga...halwa pagi ini rasanya tersangt pahit utk membuka selera kerja di awal Ramadhan...that thing shouldn't be happened!!!!!! Be professional please...if u want other people to respect u...so do the same thing....xrugi respect each other...no need to be so arrogant...mati nnt sama je semua...kapan putih..keranda kayu...liang lahad...tanah!
Xde pegawai KPM or JPN dtg audit..yg ada munkar n nakir...so fikir2 la...cakap saja xguna...yang penting hati kita mesti mau bersih....sama cari rezeki..n jgn sekat peluang orang...sekali tuhan sekat rezeki kita....berhabisanlah jawabnya....Siapa kita?Khalifah Allah..yang sama asal usul...dari tanah....segumpal darah..ditiupkan roh..diberi nyawa...ingat2lah...hidup yang sekali...ni penuhi dgn amal...bukan amalan yg xtentu hala bley sakitkan hati orang....maut sentiasa mendekati kita...semoga semua ni jadi pengajaran utk diri aku...supaya jika satu hari nnt rezeki aku lebih murah....aku mohon agar tuhan anugerahkan sifat bertolak ansur...zuhud....antara sesama kita...ameeeeeeeeeen!
Aku turut terkena tempain kerana ingkar arahan n sanggup cuti utk mngelak tugas..biarlah...katalah apa saja mengikut amarahmu...aku masih di sini..sabar menerimanya...semoga Allah kurniakan aku kesabaran yang lebih tinggi...kekuatan diri...utk terus melangkah mendidik anak-anak melayu....agar melayu tidak terus ditindas...ketinggalan...agar anak-anak bangsaku menjadi manusia yang tahu menghormati hak orang lain.....itu sudah cukup utk menjadi manusia yg baik daripada pangkat sampai ke langit...tapi jiwa yang kosong!!!!!wallahua'lam.

Balqis homecoming..

















9 Ramadhan

Salam....selamat pagi semua...dan kepada semua guru di serata pantai timur dan kedah...selamat kembali mengajar...semoga ilmu yang dicurah bakal membentuk kecemerlangan generasi akan datang..melahirkan rakyat yang gemilang dalama segala hal...sekaligus menjadikan Malaysia negara yang terbilang di mata dunia...
KEpada semua pelajar SPM...selamat menempuhi peperiksaan percubaan SPM 2009...semoga ilmu yang diperolehi digunakan sebaik-baiknya..semoga kalian akan terus menjadi pelajar yang cemerlang dan gemilang dalam segala aspek....InsyaAllah. Doa guru-guru sentiasa mengiringi usaha kalian.
Pagi ini saya teruskan kerja2 selepas sahur memandangkan hari ini..saya perlu kembali ke dunia pendidikan...kembali bekerja..semoga segala kerja saya diberkatiNya...
Ramadhan yang ke-9...semoga hari ini ibadat akan terus berganda...mendapat keredhaanNya.

Saturday 29 August 2009

nur amina


wajahmu sesucinya mutiara teridah
buatku rasai kehebatanya
lindungmu disisiku tanpa dduga

tawamu terus bermain diminda ku ini
dan tiada akhirnya
dirimu tiada gantinya
kau lah yg satu

ketabahan mu
manempuh segala
biar kau derita
hatimu gagah

nur aminah
kau wanita penuh berjasa
akhlakmu setinggi pekertimu
hadirmu disisiku penuh bermakna
tiada lg resah di dada

nur aminah
kau lah wanita istimewa
lembut mu tiada bandinganya
senyum mu yang pernah buatku tertawa
kau disisiku selamanya

8 Ramadhan..Permai Inn, K.T.

Salam....
Selamat pagi...semoga ceria2 sokmo...
Xada apa yang menarik nak saya coretkan pagi2 ni...sekejpa tadi abang saya baru je berangkat pulang ke Klang, dan rumah ini kembali seperti biasa...agak muram dan suram..apa2pun saya masih di sini...
Sekejap lagi saya akan ke dapur...kali ni oven saya akan berasap lah...untuk sediakan kek lapis coklat...petang nanti saya akan berbuka bersama kawan2 di Permai Inn. Seorang rakan baik saya telah menempah untuk berbuka di sana. Thanks fren...so noktah dulu utk pagi ni..walaupun hajat di awal pagi untuk membasuh kereta..tapi hajat terkubur..penat betul rasa....esok2 ajalah...
Oklah..up date lagi nanti...
Hai..salam...
kembali untuk menulis...dah lewat supposed to go bed now..but not yet sleepy..so am turning on my lappy....jest to c the latest news ...so just arrived home at 9.45...my friends followed me to home...they were so worried about my safety driving alone on night...hehehehhe...had no choice to refuse their helps..anyway..thanks a lot buddies!
The breaking fasting was so good.ELy..Aisy n her hubby joined us togaher...Aish..Ely's baby was very friendly....foods?Alhamdulillah...nice n tasty...















Me with ely, Fazila n Aisy...before everybody went home..


Prune layer cake...made for pregnant mummy...also for friends...Mr&Mrs.Madang.













Wrapping ...














Ready to pack...




Friday 28 August 2009

Shopping....heaven of foods...PAsar KEdai Payang...

Hampir separuh hari...saya berada di luar....menemani kakak ipar shopping batik sutera..tudung bawal...serunding daging.....baju kaftan...dll di pasar Kedai Payang....saya pun turut terkena tempias...ada lah sedikit sebanyak fulus yang terbang..aduh!!!!
Menu buka puasa hari semuanya saya beli di Pasar Ramadhan Bt 6....pergh..byk betul kuih-muih..lauk pauk yang menyelerakan...syurga segala makanan....hehehehehe....macam2 saya n kakak belikan.....gulai ayam kampung, kerutup ayam, daging..laksa..lompat tikam, ketupat goreng, roti sambal goreng (paung goreng), asam gumpal...cendol...bla..bla...byk betul!Siapa nak makan??????????hehehehehe

7 Ramadhan...

Salam....selamat pagi...kepada seantero Malaysia.....
Selamat menjalani ibadah puasa untuk hari yang ke-7...semoga ibadat hari ini lebih banyak daripada semalam..semoga ketaqwaan hari ini bertambah daripada sebelum2nya...
Sahur hari sahur yang simple....tidak membazir lauk yang berbuka semalam....dan ditambah dengan kehadiran abg n kakak ipar, so agar berlainan suasananya berbanding bersahur sebelum ini...agak sunyi..Alhamdulillah musim cuti ni, abang2 dari KL balik jadi suasana lebih meriah...
Hah, cuti sekolah hampir berakhir sehari dua lagi....kembali bekerja seperti biasa..semoga Ramadhan ini..memberi kelainan kepada pelajar2 saya...
Hari ini.barangkali saya tidak akan berada di depan lap top seperti sebelum2 ini...pagi ini saya akan bersama kakak ipar ke Pasar Payang, KT....so InsyaAllah up date lagi segala2nya malam nnt...InsyaAllah....semoga hari ini dimulakan dengan seribu tanda syukur....dan memohon agar hari ini lebih baik dari semalam..

Thursday 27 August 2009

Hari yang kelam kabut...

Salam....huhuhuhuh..hari ni tunggang langgang hidup buat seketika.....Tadi PTK..tapi overslept...pas solat Subuh td konon2 study...last2 buku2 yang baca saya.....bila tejage...dah lewat....terkejar....gosok baju..mandi...bla..bla..nasib la Pusat Exam tu 5mins drive je....semput rasanya.....
MEnu?Dah siapkan utk buat bubur lambuk lagi...memang favourite lah bubur lambuk nih....pastu kakak saya akan gulaikan itik...heheheeh saya xsuka!So utk saya..just saya akan masak ayam masak merah....internet hari ni betul2 mencabar kesabaran saya.....connection error sepanjang2 masa...sekarang je baru bley online....sedih!
Petang nnt abang n kakak ipar sampai....tapi kejap je balik...esok dah nak balik Klang!....Hurm...

Wednesday 26 August 2009

Berbuka puasa@B'Beteng Restaurant, Taman Tamadun Islam


Sukanye dieee.....

ish...lambat lagi ke..xsabo dah ni..nak santap ni..

Pelbagai menu....yum..yum..

Posing before makan!

Outside...raining...

PAsangan bahagia..hingga ke Syurga

Sabor....sabor....





Ni je yang larat saya makan tadi....


Venue: Beteng Restaurant
Time: Waktu berbuka
Menu: Arabic rice with chicken, mutton...mihun soto...nasi putih...daging paprik, sotong goreng, salad, kuih-muih melayu, dessert.
Yummy!!!!!!Alhamdulillah.......