Green n fresh

Green n fresh
Cool the eyesight!!!

mE..mY LiFe...& fRiENdS

mE..mY LiFe...& fRiENdS

Saturday 12 September 2009

~~~~???~~~~

Salam...
Dah xlama nak raya...Ramadhan pon dah nak berlabuh sikit hari lagi...Apa yang saya buat sepanjang Ramadhan kali ini ye??????? Alhamdulillah..segalanya lebih baik dari tahun2 sudah...tapi mungkin masih belum cukup sempurna walau pon lebih baik dari yang lepas2..apa2 pun itu yang termampu...mungkin dengan izinNya untuk akan datang..dapat bertemu lagi dengan Ramadhan seterusnya...InsyaAllah....
Saya mengharapkan segala yang baik2 dariNya..dan andai ada yang buruk menimpa..(nauzubillah)..anggaplah itu sebagai uijan....semoga iman sentiasa teguh..semoga taqwa utuh dalam jiwa...semoga nur islam terus menerus menyinari.....Setiap hari..saya berdoa agar mulakan hari dengan segala yang baik...segala yang indah....andai ada ujian...sedaya upaya cuba laluinya denga redha...sebagai manusia..saya sering kalah dengan emosi saya...aduh!!!saya betul2 lemah untuk menangani emosi...PErnah saya dengar ceramah melalui u-tube...yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus...katanya...' Hanya Nabi s.a.w yang tidak melalkukan/mengulangi kesilapan....sebagai manusia biasa....adalah lumrah sekiranya melakukan kesilapan..' begitu lah lebih kurang ayatnya...Begitulah saya..sering saja ulangi...kesalahan...kesilapan...jiwa saya mungkin masih tidak kuat...sebab itulah..saya sentiasa cepat marah...stress...tidak puas hati..mugnkin makanan jiwa yang saya bekalkan tidak cukup untuk menampung pertumbuhan jiwa yang positif...hehehehehe..
Apa yang penting...saya fikirkan adalah saya perlu berusaha lagi untuk mendapatkan lebih banyak makanan untuk santapan jiwa saya!!!!!
Ye! Itulah yang sebaik2nya...Tergerak pula hati saya untuk bercerita tentang JODOH....sebut je perkataan jodoh..pasti akan tertumpu pada...PERKAHWINAN..kan?..PAda saya jodoh tu bukan sahaja tertumpu pada perkahwinan kan?????????
Tapi lumrah kita....jodoh akan dikaitkan dengan berumahtangga...
Soal jodoh ni..Allah telah berfirman....Allah SWT berfirman dalam surah An-Naml ayat 65 : "dan katakanlah hai Muhammad kepada umatmu, bahawia tiada siapa di langit mahupun di bumi yang mengetahui perkara Ghaib kecuali Allah"...maknanya...saya dan kita semua tidak dapat nak meramal segala perkara yang bakal berlaku akan datang..walau pon merancang...tapi yang pastinya akan berlaku atau tidak...hanya Dia maha mengetahui...
Sudah menjangkau ke angka 30 umur saya...maknyanya sudah lali telinga saya dengan halwa2 soalan sebegitu..ada kala saya berdiam lebih baik dari berkata-kata...adakala..saya menjawab...membela diri....heheheh..apalah yang mampu dibuat insan selemah saya untuk meramal segalanya??????
Pada temna-teman yang memahami..alhamdulillah...dan terima kasih atas sokongan...pada semua yang amat memahami..saya amat berterima kasih atas sokongan kalian...
Bukan saya menolak jodoh yang bergolek2 datang....tapi andai hati tidak tergerak...untuk ke arah itu..apa lagi yang mampu saya lakukan....tidak patut rasanya saya bersikap pentingkan diri...menerima hanya untuk menutup mulut2 di sekeliling...semata untuk menukar title 'cik' kepada 'puan'..sedangkan hati tidak inginkan sebegitu....tidak wajar saya berbuat demikian...
Saya mungkin mampu membuat lakaran kertas kerja untuk perkara besar itu dan persembahkan kepadaNya...tapi hak Dia untuk meluluskan..menetukan segalanya...Sungguh insan sekerdil saya ini..sangatlah daif untuk bertindak sendirian...sedangkan nafas yang keluar-masuk ini pun ehsan dariNya..apatah lagi perkara2 lain yang berkaitan dengan hidup ini...
Usaha?????????...Sekiranya usaha saya diperkenankanNya...maka segalanya akan berjalan lancar....saya hanya perlu sabar....dengan segala yang telah ditentukanNya...
Sudah kelu rasanya lidah saya untuk menjawab pelbagai soalan...sudah buntu rasanya otak saya mencari jawapan...sangat sukat berada dalam keadaan ini....sekiranya saya lemah untuk menghadapinya....Ye!saya sangat lemah berdepan perkara seperti ini....sedih..kecewa...tapi itulah yang perlu saya tempuhi jugak..kan?????????
Andai ada teman-teman yang menjengah..luangkan masa membaca entry saya kali ini..rasanya sudah terjawab soalan2 yang mungkin anda berniat untuk bertanya...atau yang sudah bertanya tapi saya hanya gelak2 nakal.....heheheheehhe...Saya hanya berdoa agar permintaan saya dikabulkan..mungkin perjalanan saya untuk sampai agak jauh jaraknya...dan saya masih perlu berusaha untuk dekatkan jarak itu..agar doa saya lebih cepat didengariNya...mudah-mudahan semua yang berada di sekeliling saya juga akan turut sama mendoakan agar Tuhan makbulkan doa n permintaan saya....dan saya juga tahu bahawa JODOH ITU TIDAK DATANG BERGOLEK..........InsyaAllah..saya akan usahakan setakat yang termampu..selebihnya...saya serahkan pada yang Maha Kuasa.....

Perkahwinan yang dituntut oleh Islam

Assalamualaikum wbt,

Perkahwinan yang dituntut oleh Islam.

[Rasulullah menasihatkan: Jangan kahwin perempuan kerana cantiknya semata-mata. Mungkin kecantikannya itu menjadikannya buruk. Jangan kerana hartanya. Mungkin kerana hartanya menyebabkannya zalim tapi pilihlah perempuan yang taat beragama, kerana ia akan menguntungkan kamu.]

'Jodoh pertemuan adalah di dalam tangan Tuhan'. Begitulah bunyi serangkap ayat yang tidak asing lagi di dalam masyarakat Melayu kita.

Sebagai seorang Islam sejati, kita diwajibkan percaya tiada siapa yang boleh menentukan jodoh seseorang itu melainkan dengan kehendak Allah s.w.t.

Di dalam soal jodoh seseorang itu, Allah s.w.t. tidak akan menentukan sesuatu melainkan berdasarkan kehendak dan kemahuan seseorang itu sendiri. Natijah daripada perbuatan itulah terletaknya penentuan Allah s.w.t. Yang Maha Mengetahui.

Allah s.w.t. tahu apa yang dikehendaki oleh seseorang itu dan juga apa yang akan dilakukannya; maka di akhir perbuatan seseorang Allah s.w.t. telah menentukan sesuatu apa yang dinamakan qada dan qadar.

Sebagai contoh, Allah s.w.t. memang telah mengetahui siapakah perempuan yang akan dipinangnya itu dan juga siperempuan mana pula yang akan menerima pinangannya. Di atas dasar inilah Allah s.w.t. menentukan jodoh seseorang itu.

Oleh yang demikian sekiranya seseorang itu betul-betul faham dengan penjelasan di atas, ia tidak akan menyalahkan Allah s.w.t. kerana telah menjodohkannya dengan seorang yang kurang sesuai dan tidak sempurna sehinggakan mahligai yang didirikan itu menjadi kucar-kacir.

Seseorang itu sudah tentu tidak akan tahu siapakah jodohnya melainkan setelah mereka menjadi suami isteri yang sah.

Pada kebiasaannya, ini akan didahului dengan proses pertemuan sebagai permulaan, diikuti pula dengan perkenalan, peminangan, pertunangan dan diakhiri dengan perkahwinan iaitu suatu perjanjian akad atau persetujuan yang suci murni di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang sah dinikahi di atas dasar yang penting iaitu suka sama suka (tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak) antara kedua-dua mereka diakadkan oleh walinya yang sah, disaksikan oleh dua orang saksi yang layak dan dengan lafaz ijab dan kabul.

Perlulah ditegaskan di sini bahawa walaupun seseorang itu telah bertunang terlebih dahulu belumlah pasti lagi yang mereka itu adalah jodohnya kerana memang tidak dapat dinafikan bahawa ada banyak pertunangan yang tidak diakhiri dengan perkahwinan.

Untuk sampai ke peringkat mengenali jodohnya, seseorang itu pada kebiasaannya mestilah melalui proses pertemuan sehinggalah diijabkabulkan.

Seseorang itu tidak boleh menyerahkan segala-galanya pada takdir untuk menemui jodohnya (sepertimana yang masih dilakukan oleh sesetengah orang) tanpa terlebih dahulu berusaha dan berikhtiar untuk mencari dan mendapatkannya. Ini kerana penentuan Allah s.w.t. di dalam hal jodoh sesorang itu mula-mula berpunca daripada ikhtiar dan perbuatan seseorang itu sendiri.

Semua proses itu adalah daripada kehendak dan pilihan manusia sendiri. Apabila keputusan telah pun dilaksanakan, iaitu pihak si lelaki meminang si perempuan dan pinangan ini telah diterima oleh pihak si perempuan, dan diakhiri dengan perkahwinan berertilah mereka telah berjaya menemui jodoh masing-masing sepertimana yang dituntut oleh Allah s.w.t.

Berlainan

Lelaki dan perempuan mempunyai hak dan tugas berlainan. Hak lelaki ialah hanya mencari dan memilih supaya orang yang menjadi pilihannya itu benar-benar mengikut kemahuan dan menepati kehendaknya, misalnya si perempuan ini sesuai untuk dijadikan isteri untuknya dan sebagai seorang ibu kepada bakal anak-anaknya.

Perempuan pula diberi kuasa menentukan samaada hendak diterima atau tidak setelah dipinang supaya bakal pilihannya itu akan menjadi seorang suami yang baik dan bertanggungjawab serta sebagai seorang bapa kepada bakal anak-anaknya.

Maka dengan secara tidak langsung, penentuan jodoh itu adalah kerana di atas daya usaha kedua-dua belah pihak.

Islam menyuruh pengikut-pengikutnya bernikah, iaitu mula berikhtiar dan berusaha sehinggakan dapat mencari pasangan hidupnya kerana memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap makhluk tidak boleh hidup sempurna berterusan sacara bersendirian tanpa pasangannya. Ini adalah suatu pemberian nikmat Allah s.w.t. kepada makhluknya.

Namun demikian, mencari jodoh atau pasangan bukanlah suatu perkara yang mudah dan senang. Ia memerlukan sifat-sifat seperti keikhlasan, kesungguhan dan ketabahan kerana ia memasuki detik-detik penting, iaitu suatu detik permulaan untuk menentukan corak hidup masa hadapannya di dalam erti kata hidup dalam kekeluargaan untuk seumur hidup, insya-Allah.

Sesuatu perkahwinan itu janganlah didirikan secara tergesa-gesa tetapi sebaliknya biarlah seseorang iru berhati-hati dan waspada serta mengambil suatu masa yang sesuai untuk membuat pertimbangan yang halus lagi teliti supaya terelak daripada sebarang penyesalan yang mungkin timbul di kemudian hari.

Pembetukan keluarga yang bahagia dan sempurna terletak pada kesedaran agama dan iman yang kuat pasangan berkenaan.

Pendek kata, di samping melalui peraturan atau proses perkahwinan yang lengkap, Islam juga memberi tunjuk ajar mengenai mutu hidup yang baik demi untuk mencapai dan memperolehi keluarga yang sempurna dan bahagia di mana keutamaan harus diberikan kepada dasar pemilihan pasangan hidup.

Untuk panduan ke arah dasar ini, diperturunkan di bawah ini maksud-maksud hadis Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. telah menegaskan di dalam sebuah hadis yang bermaksud: " Dikahwinkan seorang perempuan itu kerana empat perkara. Kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana kedudukan atau keturunannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah memilih perempuan yang beragama, nescaya menguntungkan kamu."

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi, yang bermaksud: " Janganlah mengahwini perempuan kerana kecantikannya mereka, mungkin kecantikannya itu menjadikannya buruk. Janganlah kamu mengahwini mereka itu kerana hartanya, mungkin hartanya itu menjadikannya zalim, Sesungguhnya hamba perempuan yang hitam tetapi beragama adalah lebih baik."

Kesimpulannya, agama dan keimanan yang kuat hedaklah diutamakan sebagai dasar asasi pemilihan pasangan hidup. Di samping kecantikan, kekayaan, kedudukan atau keturunan yang baik seseorang lelaki itu adalah juga penting di dalam dasar memilih pasangan hidup.

Apabila sudah sampai jodoh seseorang itu, janganlah ibu bapa itu cuba melakukan sesuatu yang boleh mengelak atau melambatkan jodoh, seperti menolak pinangan atau menghalang sesuatu perkahwinan anaknya tanpa apa-apa sebab yang lojik dan munasabah walaupun niat anak mereka itu adalah jujur, ikhlas dan murni.

Sekiranya keadaan ini terjadi, perbincangan harus diadakan. Misalnya, kenapa dan mengapa ibu bapanya menghalang, apakah alasan dan sebab-sebabnya serta juga rahsia di sebaliknya. Ibu bapa perlu juga mengetahui kenapa dan mengapa si anak ingin bernikah dengan si lelaki atau si perempuan itu.

Sekiranya pendapat ibu bapa atau wali dianggap lebih baik, maka si anak hendaklah mematuhi pendapat ibu bapanya tetapi di sebaliknya jika pendapat atau alasan-alasn si anak itu lebih baik lagi munasabah, ibu bapanya hendaklah bertolak ansur dan menerima keputusan anaknya kerana si anak akan lebih memahami dan lebih tahu menilai kebahagian untuk dirinya.

Di dalam keadaan ini, si anak tidak boleh dicap sebagai anak derhaka sekiranya ia tidak mendengar kata-kata ibu bapanya demi untuk menyempurnakan suatu hajat yang suci dan halal.

Berhubung dengan perkara jodoh juga perlulah ditegaskan, seseorang Islam yang kuat imannya yang mempercayai bahawa jodoh pertemuan adalah di dalam tangan Allah, seharusnya tidak boleh mencaci dan menghalang sesuatu perkahwinan (tanpa sebarang alasan yang boleh diterims akal) kerana itu adalah kehendak Allah s.w.t. Sebaliknya kita seharusnya bersyukur di atas pemberian dan ketetapan-Nya. Juga di dalam hal jodoh seseorang anak itu ibu bapa mestilah berhati-hati supaya tindak tanduk mereka tidak menyerupai seakan-akan merekalah yang menentukan jodoh (bukannya Allah s.w.t.) dan merekalah yang hendak bernikah (berkahwin) bukannya anak mereka.

Keadaan yang sedih ini memang tidak dapat dinafikan masih berlaku disetengah keluarga dan ini adalah salah satu punca keretakan perhubungan di antara anak dengan ibu bapa.

Namun demikian, di dalam usaha ke arah membentuk dan mewujudkan sebuah keluarga bahagia, Islam memberi kebebesan berfikir di atas dasar bahawa sebarang paksaan, jika berlaku, sudah pasti tidak akan mendapat apa-apa kejayaan mahu pun menghasilkan suatu suasana bahagia di dalam sebuah rumahtangga.

Berpandukan kepada keterangan di atas, ibu bapa tidaklah seharusnya memaksa anaknya berkahwin dengan seorang yang tidak disetujui oleh anak mereka.

Juga perlulah diingatkan di sini, bahawa gadis itulah yang lebih berhak di dalam soal perkahwinannya.

Berhubung dengan ini, Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: " Janda lebih berhak atas dirinya dari walinya, sedang perawan diminta izin tentang urusan dirinya dan izinnya itu aalah diamnya (diam itu menunjukkan kerelaannya)".

Bagaimanapun, di dalam pengertian jodoh bagi pasangan hidup manusia, perlu juga ditegaskan bahawa sebaik-baik pemilihan jodoh itu biarlah mendapat restu dan keredaan kedua-dua ibu bapa dan keluarga serta dipersetujui penuh oleh kedua-dua bakal pengantin itu.

Keredaan ibu bapa adalah juga bererti keredaan Allah s.w.t. dan kemarahan mereka itu adalah juga kemarahan Allah s.w.t. Maka al-Quran telah menasihatkan kita supaya berlaku ikhsan terhadap ibu bapa dan keluarga. Semoga mereka yang berjaya mendirikan rumahtangga dengan restu ibu bapa dan keluarga akan memperolehi kebahagian di kemudian hari.

Akhir sekali, ada juga terdapat sebilangan orang yang masih lagi meletakkan kepercayaan serasi berdasarkan kepada, misalnya, nama, tarikh lahir, warna kulit dan bentuk badan bakal jodohnya sehingga ada di antara mereka yang sanggup memutuskan perhubungan kerana kepercayaan tidak serasi ini. Sebilangan mereka sanggup menemui tukang tilik demi mempastikan sama ada bakal jodohnya itu adalah serasi dengannya atau tidak.

Semuanya ini adalah kepercayaan karut dan bertentangan dan bertentangan dengan ajaran Islam yang maha suci

3 comments:

  1. suka la baca entry ni..rs dpt pujuk hati bha yg agak serabut pasal hal ni.bukan agak, sgt2 serabut.thanx k.zie..kdg2 org xfhm kn, tetap tny kita bila nk kawin, apsal memilih sgt, mcm2 la.jodoh, ajal, maut semua di tangan Allah.

    ReplyDelete
  2. wei...panjang benor entry nih...hahahahaha..pepehal, jgn bimbang...Allah tu jadikan makhluknyer adalah berpasang-pasangan. Dok sapa seru nok wak ganer...aku lagi lah, maa aku siap tanda dinding agi aku nok kawin 2006! pah lening maa aku dok cat dinding kat dapur tepi bilik yer tuh.hahahahaha...2006 tuh aku ader anak 2 oh!!! hehehehhe...p yg penting keputusan hok aku amik ngan en hubby dok pernah silap sebab sampai hari nih kami masih mampu berkasih sayang...bercinta.Alhamdulillah...dan kami dah buktikan pada semua, kawen muda bukan -ve sgt...atas nawaitu masing2...pepehal...aku n en hubby boleh enjoy sama2 kalu oran gkater kawen muda tuh kang takut dok puas enjoy...hahahahaha...dan lening still leh enjoy...enjoy bersama en hubby n putri bertiga. Paling penting kawen muda leh save duit kwsp dari spend untuk sara putri...hahahahahahhaa...nok g honeymoon korea!

    ReplyDelete
  3. thanks for the respond..frens!

    ReplyDelete