Green n fresh

Green n fresh
Cool the eyesight!!!

mE..mY LiFe...& fRiENdS

mE..mY LiFe...& fRiENdS

Wednesday 6 May 2009

Kisah Benar...

Hari ini aku ke sekola macam biasa...rutinku sebagai seorang guru masih tidak berubah...intipatinya tetap sama...yang berbza mungkin pedagogi yang digunakan..mungkin pelbagai kaedah dan cara digunakan untuk mengajar, mendidik dan membimbing pelajr-pelajar. Tapi hari ini aku tidak tahu apakah hasil pedagogi yang digunakan selama ini menghasilkan pelajar-pelajar yang telah berjaya mencipta onar di sekolah kami...Paling menyedihkan ia berlaku di antara kaum yang berbeza..amat mendukacitakan. Seminggu yang lalu sekolahku menerima kehadiran 3 orang pelajar cina, hanya mereka bertiga berlainan bangsa, seorang di tingkatan satu, perempuan, dua lagi lelaki di itngkatan 4 dan tingkatan lima. Aku selaku penyelaras tingkatan 5 dengan hati terbuka menerima dan menempatkan di kelas masing-masing. Pada aku, apa sahaja bangsa mereka, tujuannya adalah sama, tiada beza dan sempadan. Zahirnya perspektif pertama aku pada mereka juga adalah sama. Mereka pelajar yang perlu dibimbing walaupun setelah melihat latar belakang pendidikan mereka, agak menyedihkan kerana hampir setahun pelajar-pelajar lelaki cina ini tidak bersekolah, aku tidak pasti apa alasan mereka..Aku tinggalkan sebab-musabab mereka itu di belakang kerana yang diambil kira adalah apa keinginan mereka pada masa sekarang. Hak diberi pendidikan tetap ada untuk mereka.
Tapi.............
minggu ini masuk minggu ke-2 mereka bersama warga sekolah aku menimba ilmu, satu insiden telah berlaku di mana kedua pelajar lelaki cina ini telah terlibat dengan pergaduhan..Yang menjadi punca adalah kerana sebatang rokok!
Memang pada awal..penampilannya agak luar biasa, gaya dan lagaknya agak menyakitkan mata tetapi setelah dinasihat ada sedikit perubahan. Tapi bagi pelajar-pelajar aku yang tidak biasa menerima pelajar berbangsa asing mungkin ia adalah sesautu yang baru. Adakala aku melihat sikap pelajar-pelajar aku ini seperti 'jakun' dan kolot..agak memalukan apabila melihat tingkah-laku mereka apabila melihat pelajar-pelajar cina ini.
Bilik guru hari ini dikejutkan dengan kelibat pelajar-pelajar cina ini yang datang dalam keadaan takut denga baju yang terdapat beberapa titis darah. Agak mengejutkan guru-guru!
Setelah ditenangkan cerita satu -persatu terungkai. Amat memalukan! Pelajar Melayu meminta rokok daripada pelajar Cina tetapi tidak berjaya kerana pelajar Cina tersebut enggan memberikan pelajar Melayu waima sebantang rokok! Ekoran hal tersebut, pelajar Melayu menggelarkan pelajar Cina itu 'samseng'. Dan pelajar-pelajar Cina ini telah dikelilingi oleh beberapa oleh pelajar Melayu sewaktu rehat bagi menengah atas berdekat tangga dan telah berlaku pergaduhan di mana pelajar Melayu yang tidak ada kena-mengena tiba-tiba menendang pelajar Cina tersebut! Dan segalanya bermula....sehinggalah apabila semakin ramai pelajar Melayu menuju ke tempat itu, maka pelajar Cina cuba mencari tempat lebih selamat iaitu menuju ke arah bilik guru. Satu tindakan yang berani...bagi diri mereka, mereka tidak bersalah dan tidakperlu takut!
Aku amat sedih ...terkejut..kecewa...marah berbaur geram apabila mengetahui punca sebenar...Di sini aku langsung tidak menyokong pelajar Melayu bukan kerana aku sukakan pelajar Cina itu tetapi sikap dan tindakan yang boleh dikatakan agak 'bodoh' yang dilakukan oelh pelajar Melayu!!!! Inilah fenomena sebenar sikap pelajar Melayu hari ini. Ponteng kelas, merokok , video lucah adalah perkara utama. Pelajaran sudah menjadi perkara yang membebankan pada mereka!!!!
Adakala penat memikirkan! Apabila berlaku kes sebegini, kami guru-guru disiplin agak pening kepala! Dan terpaksa membawa kes ini ke Balai Polis kerana bimbangkan keselamatan pelajar-pelajar Cina ini. Adakala orang Melayu terlalu sibuk untuk masuk campur hal orang lain...walhal tiada kaitan dengan diri mereka..kesudahannya mereka sendir menerima padah!
Kesia melihatkan ibunya (pelajar Cina) yang datang dan apabila mengetahui hal ini, dia mengalami kejutan di samping mengidap sakit jantung.Aduhai malang nasib diri...mendatang di tempat asing, tiba-tiba terima padah..di mana silap mereka? salah siapa?????????????
Aku sebagai guru MElayu, malu dan kecewa melihatkan hal sebegini berlaku...di manakah nilai budi bahasa bangsa Melayu yang diagung2 kan....????????????Sesungguhnya yang kurik itu kendi yang merah itu saga..yang baik baik itu budi yang cantik itu bahasa......................!
Aku mengharapkan pelajar-pelajar aku menjadi orang yang berbudi-bahasa....beradab-sopan...tapi agak payah untuk melentur 'buluh'...................itulah cabaran kami guru di alaf 21 ini...dalam menuju globalisasi, banyak perkara yang adakala jauh ketinggalan di belakang. Globalisasi adakala mencetus bahana apabila tidak difahami dengan sebaiknya...

No comments:

Post a Comment