Green n fresh

Green n fresh
Cool the eyesight!!!

mE..mY LiFe...& fRiENdS

mE..mY LiFe...& fRiENdS

Sunday 24 May 2009

Dulu dan sekarang...

Pelajar-pelajar dulu sangat menghormati guru,
Pelajar-pelajar sekarang sanggup memaki guru.
Pelajar-pelajar dulu dengar cakap guru,
Pelajar-pelajar hari lawan cakap guru,
Pelajar-pelajar dulu belajar bagai nak mati,
Pelajar-pelajar hari sanggup lari dari belajar,
Pelajar-pelajar dulu tak reti melawan,
Pelajar-pelajar hari ini reti serba-serbi.
Pendek kata pelajar-pelajar dan remaja hari ini ibarat jauh panggang dari api kalo nak dibezakan dengan pelajar dulu..
Hari ini aku menegur seorang pelajar lelaki yang memang muka dia sangat jarang berada dalam kelas subjek aku, aku dah tak kisah kerana itu pilihan. Aku menegur dengan suara yang lembut,
"Kenapa tak pakai stokin?"
"Ayah saya dulu datang sekolah tak pakai stokin jugak cikgu,"
"Sekarang kita dah bertamadun, taraf hidup semua orang pun dah berubah."
"Cikgu pergi check cikgu-cikgu yang lain ada jugak yang tam pakai stokin."
"Siapa awak untuk bandingkan guru-guru dengan awak?"
"Kalau nak setaraf dengan guru, atau nak menjawab dengan guru, pastikan diri awak berada dalam golongan cemerlang, dan lulus semua matapelajaran setiap kali peperiksaan.
"Dah-dahla cikgu."
Itulah senario pelajar hari ini bila ditegur guru. Siapa yang nak dipersalahkan?APa yang patut seorang guru, insan biasa mampu lakukan?
Pelajar ini bukanlah pelajar cemerlang, juga bukan pelajar harapan malah dia selalu gagal hampir dalam semua subjek. Selalu ponteng kelas subjek kimia.......dan aku memang gagal mendidik mereka...kerana aku tidak mampu menghadapi dan tidak begitu gagah untuk berdepan dengan kerenah mereka yang sebegini. Apa yang aku paparkan ini hanya sebahagian dari babak-babak sedih yang adakala meruntun jiwa aku sebagai guru mereka. Aku tak mampu nak membimbing mereka secara sepenuhny, mereka sendiri telah memilih jalan mereka sebegitu, dan hanya doa sajalah mampu aku titipkan buat mereka semoga Tuhan membuka pintu hati mereka ini agar sedar perjuangan mereka itu seharusnya untuk kebaikan diri mereka di masa akan datnag. Mudah-mudahan mereka akan sedar siapa mereka...tanggungjawab terhadap diri mereka...amin.

2 comments:

  1. tension jugak ye jadi cikgu ni, nak melayan karenah murid-murid zaman sekarang. Boleh dapat high blood pressure kalau selalu macam ni.I always thought the best profession for a woman is to be a teacher, banyak masa dengan anak-anak dan keluarga.Tapi mungkin tak semudah yang disangkakan..

    ReplyDelete
  2. Those who ever get involve in this profession will know the hidden suffer behind its name...nway..it will payback if we r really sincere doing this noble job...just believe that hidden bless will be given...for those really sincere...heheheh....high blood?kena pandai control...kalo strees on that thing might be risky to get it..but if we handle it calm n cool..insyaAllah...everything is ok..patience is the main weapon for teachers..

    ReplyDelete