Green n fresh

Green n fresh
Cool the eyesight!!!

mE..mY LiFe...& fRiENdS

mE..mY LiFe...& fRiENdS

Thursday 29 December 2011

Hiburan

Assalam....
Semoga semua muslimin-muslimat sekalian dirahmati Allah...
Semalaman...menghabiskan masa dengan membaca artikel-artikel berkaitan Judais. Banyak rupanya agenda tersirat puak-puak Yahudi secara senyap atau 'silent action'..dan kita Melayu-Muslim tanpa disedari turut menyokong dan menyumbang kepada 'silent action' puak ini, Masyaallah...apa patut kita lakukan ye?Baik dari segi hiburan..hinggalah pendidikan,,rupanya terlalu banyak pengaruh Judais. Tapi dunia hari ini menjadikan hiburan sebagai halwa utama dalam hidup. Sanggup menghabiskan ribuan malahan jutaan ringgit untuk menaja itu dan ini yang melibatkan hiburan, namun di sisi agama ia adalah sia-sia kerana banyak mengundang kepada perkara-perkara mungkar. Bayangkan hiburan yang berbentuk nyanyian seperti diadakan konsert mega di sana sini, konsert gegar di situ sini yang mana hanya mampu mengundang dosa-dosa mega yang mampu menggegarkan tiang keimanan seseorang muslim...Adakah itu yang dituntut oleh ajaran Islam? Teringin untuk berkongsi sedikit pengetahuan yang dicedok dari majalah SOLUSI 39; kata-kata penulis Pahrol Muhamad Juoi;

‎'Manusia hari ini menikmati hiburan yang melalaikan umpama meminum air laut. Tekak yang tersangat dahaga, air laut terus diminum,namus sia-sia. semakin diminum, semakin haus jadinya'-Pahrol Mohamad Juoi, SOLUSI 39- Begitulah ibaratnya perumpamaan yang dikaitkan dengan hiburan yang banyak melalaikan. Ribuan penonton bola sepak mampu memenuhi stadium tapi kenapakah mereka yang muslim tidak mampu untuk memenuhi rumah-rumah ibadat..surau masjid setiap kali seruan mengerjakan solat dilaungkan? Inilah yang dikatakan umat akhir zaman..pernah terbaca di dalam SOLUSI juga...sekiranya solat subuh disertai oleh jemaah yang sama ramai dengan solat Jumaat, maka keadaan ini akan mampu melunturkan sikap berani puak kafir laknatullah..di mana barisan saf yang panjang tanpa putus himpunan umat Muhammad s.a.w berhimpun bersatu bisa mengundang rasa cuak di kalangan puak kafir. Bayangkan tatkala lena diulit mimpi indah, muslimin beramai memenuhi masjid, mampu bangun semata-mata untuk ke masjid demi mengejar segunung pahala dalam masa yang sama barisan saf yang utuh mampu melaungkan 'amin' hinggakan menggegarkan ruang legar masjid..Masyaallah...indahnya..umat bersatu. Tapi fenomena hari ini ternyata tidak seperti yang digambarkan malah ia adalah sebaliknya di mana masih ramai yang sedang seronok melayan haw nafsu sehingga ke dinihari, bergelak ketawa bersuka ria dari maghrib hingga ke subuh! Rapuhnya tembok iman sehingga hati meruntun mengikut nafsu yang banyaknya adalah hasutan musuh anak Adam;Iblis syaitan!

Sudah agak lama tidak melayangkan jari menyentuh papan kekunci ini untuk menulis menaip berbaris-baris kata, hari ini hati terpanggil untuk menyentuh papan kekunci sekaligus menarikan jari jemari melayangkan barisan kata-kata yang ada sedikit sebanyak boleh dikongsi, sedikit sebanyak yang diambil dari bahan-bahan bacaan ilmiah yang sedikit itu, amat payah untuk mulakan sesuatu yang baik;pembacaan bahan ilmiah. Sikit-sikit, lama akam membukit..Insyaallah. Rasanya cukup dulu untuk tatapan hari ini, semoga apa yang dikongsi boleh memberi manfaat kepada semua. Barakallah alaikum...wassalam.

No comments:

Post a Comment