Green n fresh

Green n fresh
Cool the eyesight!!!

mE..mY LiFe...& fRiENdS

mE..mY LiFe...& fRiENdS

Sunday 1 January 2012

1.1.2012

Salam....
Hari ini adalah hari pertama bagitahun 2012. Apa yang menarik?Hehehe..bagi orang yang macam saya, semuanya biasa-biasa sahaja. Tanpa sebarang sambutan apa-apa kerana bagi umat Islam sudah lepas tahun baru yang sebenarnya iaitu 1 Muharram lalu. Rasanya lebih berfaedah mengutamakan 1 Muharram daripada 1.1.2012 ini. Ini sekadar pendapat peribadi saya. Setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza-beza kan? Bagi saya apa perlu dikejar sesuatu yang kita tidak pasti untung pahalanya di mana berbanding denga sesuatu yang kita sendiri sudah pasti ganjarannya. 1 Muharram adalah khas untuk  umat Islam. Kita sudah ada tahun baru kita sendiri, maka sambutlah sebagaimana yang dituntut, bukan denga terkinja-kinja di tahun baru Masehi, menyertai 'countdown' yang  bercampur aduk berasak-asak lelaki perempuan bukan muhrim. Di sini ingin saya berkongsi dengan kalian mengenai bulan Muharram...

1. Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah.

2. Bulan Muharram adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (At-Taubah: 36)

Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.

Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM .

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasa yang paling utama sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa di bulan Muharram". (HR Muslim no. 1163).
Catatan di atas saya petik dari kelebihan-bulan-muharram.
Semoga apa yang ditulis di sini dapat memberi manfaat kepada semua. Wassalam

No comments:

Post a Comment