Salam.....
lamanya saya tidak menggodek blog saya ni....kesibukan yang melanda akhir-akhir ini..menyebabkan 'mood' untuk ber'blog' sedikit pudar...Apa-apa pun yang penting saya tidaklah langsung tidak menjenguk muka di page maya ini..tetapi agak buntu idea untuk bercerita..mungkin terlalu banyak cerita hinggakan saya sendiri merasakan tidak perlu untuk menulisnya di sini..cukuplah ia tertulis di dalam hati..saya..Wah! Apa kisahnya ni?Entahla..merapu agaknya di tgh malam...sambil-sambil menyiapkan minit-minit mesyuarat yang lalu..sambil-sambil berblog..penat betul dgn kehidupana hari ini...alangkah seronoknya jika dapat kembali ke zaman belajar...dahulu kala.
Tapi bila berada di zaman itu...terdetik pula untuk menjadi dewasa..bosan dgn kehidupan ketika itu..ah..fikiran budak-budak..manalah tahu untuk menilai bagaimana kehidupan seorang dewasa yang tugasnya n tanggungjawabnya lebih mencabar.
Hati berdebar-debar menanti hasil usaha kerja 2009...keputusan peperiksaan SPM bakal diumumkan xlama lagi...aduhai..gundah gulana rasanya hati...apalah rupanya khabarnya...
mudah-mudahan hasil kerja buat team SPM membuahkan hasil yang lebih baik..mudah-mudahan usaha kami berbaloi. Ini adalah sentuhan kerja saya yang pertama..bukanlah sepenuhnya..saya hanya bertindak sebagai penyelaras projek n program SPM..kami bekerja dalam satu kumpulan..Alhamdulillah teamwork utk tahun 2009 sangat membanggakan..dan terus digilap ke 2010. Tahun ini..kerjasama amatlah baik..alhamdulillah. tapi agak penat untuk menguruskan segala macam hal yang adakalanya tertenggek di bahu ini..tugasan orang-orang lain yang perlu saya bereskan..
penat mengendalikan segala macam tugas...tapi itulah kehidupan...pejam dan celik..bangun dengan pelbagai tugas menunggu...
sleep n dream...day n night...but not only to have fun..enjoy the moment in life..but to carry the never ending duty!
No comments:
Post a Comment