Green n fresh

Green n fresh
Cool the eyesight!!!

mE..mY LiFe...& fRiENdS

mE..mY LiFe...& fRiENdS

Saturday, 15 August 2009

Hari ini....hari Sabtu yang indah...ngeh3

Salam.....salam...salam....
Hari ini sepatutnya saya menghadiri Program Cakna anjuran JPNT dan Kerajaan Negeri Terengganu...sort of hari beramah mesra MB n pelajar Cemerlang negeri Terengganu...tapi sejak hari Khamis saya berperang dengan diri sendiri...nak pergi ke xnak...perasaan saya lebih kepada TAK NAK!..macam iklan rokok plak...hehehehehe.
Semalam saya telah ke Kuala Terengganu, menemui teman lama...alang-alang untuk mengambil topeng muka (mask) preparation kononnya nak ke majlis tu hari ini...
So..di pagiyang indah permai..saya bangun pagi2...setelah berfikir panjang makan saya telah membuat keputusan untuk TIDAK pergi ke majlis tersebut......hehehehehehe....
apa lgi...saya ponbuat la kije yang patut..dan petang ni...saya berjaya menghasilkan sebiji kek lapis choco-coffee vanilla....ngeh3....
lepas tu saya basuh pedati tunggangan saya..dah lama xbasuh..semalam semasa ke Kuala Terengganu...bila berhenti di stesen pam minyak...baru sedar bahawa kereta pedati saya tu xlebih macam kereta tokey kebun sayur je....huhuhuhuh...
Erm kejap lagi saya up load lagi pics...semua aktiviti saya untuk hari ni...oklah..kek belum siap lagi...masih dalam proses membakar..banyak layers lagi nih....
Ramadhan xlama lagi dah...masuk tahun ni..entah tahun yang ke berapa saya menunaikan ibadat puasa tanpa emak di sis...rindu sangat akan kehadiran mak....rindu akan masakan mak di pagi syawal...
Tapi semua impian tu hanya mimpi yang tak sudah...impian yang xakan terlaksana..
Apa-apa pun titipkanlah Al-Fatihah semoga rohnya tenang...aman..daman nun di sana...
Sesungguhnya...yang pergi tak akan kembali lagi...hanya kenangan lama yang sekali-sekala
menjengah di ingatan..menggamit rindu yang tak terubat...mengalirkan air mata syahdu..pilu di lubuk hati tak siapa yang tahu...Ya Allah kuatkan semangatku untuk teruskan kehidupan ini...semoga segala yang baik..Kau rencanakan untukku...amin.


1. Vanilla mixture









2. Chocoffee mixture










3. Baking...layer by layer for 31/2 hours









Done!!!!












Packing for friends....at work


PAcking for friend..Zila












Friday, 14 August 2009

Satu pengajaran

KENAPA sejak kebelakangan ini isu berkaitan Melayu dan Islam kerap ditimbulkan dan dibincangkan termasuk di kalangan pemimpin bukan Melayu?

Malah ia diikuti dengan kritikan dan desakan terutama daripada pemimpin bukan Islam pembangkang dan ada hingga sampai ke tahap mencabar dan menghina syariat Islam.

Hal-hal yang berkaitan arak dan mengaitkan Islam dan gerakannya sebagai ekstremis jika tidak disekat pasti akan menimbulkan kesan yang tidak baik kepada masyarakat majmuk di negara ini.

Ramai yang cukup maklum dan sedar bahawa orang Melayu merupakan kaum majoriti di negara ini dan Islam adalah agama rasmi.

Namun begitu langsung tidak ada halangan untuk kaum lain mengamalkan agama, budaya dan adat resam mereka termasuk membina rumah ibadat di kawasan orang Melayu walaupun penduduk bukan Melayu hanya dua atau tiga orang sahaja.

Orang Melayu yang beragama Islam pula tidak segan silu dan tidak ada pantang larang untuk berbelanja di kedai-kedai bukan Melayu terutama di musim-musim perayaan tanpa ada sebarang rasa prejudis.

Semua ini boleh berlaku kerana ada sikap toleransi dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Melayu amat menghormati kehadiran kaum lain dan tidak pernah menghalang apa juga yang dilakukan dalam kehidupan seharian mereka.

Namun sejak kebelakangan ini apabila kuasa politik Melayu sedikit terhakis ekoran keputusan Pilihan Raya Umum 2008, terdapat suara-suara lantang mengkritik kaum majoriti ini.

Bukan setakat Melayu yang dikaitkan dengan pelbagai perkara negatif terdapat juga cubaan menyerang Islam secara langsung dan tidak langsung.

Ada antara kritikan itu lebih menjurus kepada cacian dan penghinaan kepada Melayu dan Islam.

Atas alasan hak dan kebebasan individu untuk bersuara, perkara ini kelihatan semakin serius apabila satu demi satu isu yang menghina dan mempermainkan Islam dibangkitkan.

Di Selangor misalnya, bandar raya Shah Alam yang dibangunkan sebagai sebuah bandar Melayu dengan kini mula dirobek dengan pelbagai isu termasuk isu arak.

Pendakwah Islam kini mula dikritik dan dicaci secara terbuka semata-mata kerana menegur kelompok tertentu.

Apabila ini semua berlaku siapa yang hendak kita salahkan? Apakah puncanya? Jika sebelum ini isu-isu sensitif berkaitan dengan agama dan kaum jarang disentuh tetapi mengapa kini dibicarakan secara terbuka terutama yang membabitkan isu Islam dan Melayu?

Adakah ini bahang perkauman di negara ini semakin meruap-ruap dan sukar untuk dibendung?

Jika diteliti sebab dan musabab perkara ini berlaku, jari kesalahan mungkin boleh dituding kepada orang Melayu itu sendiri.

Ambil contoh negeri Selangor. Ketika di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO, Shah Alam dibangunkan sebagai sebuah bandar yang bebas daripada elemen maksiat.

Tidak ada pusat karaoke, panggung wayang dan apatah lagi penjualan arak. Semua itu tidak berlaku di bawah pemerintahan BN yang sering dilabelkan dengan rasuah dan kronisme.

Tetapi ekoran perubahan pucuk pimpinan negeri selepas Mac 2008, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menjadi terajunya (Pas hanya melukut di tepi gantang).

Serentak itu perubahan pun berlaku sedikit demi sedikit. Termasuk arak mula dibenarkan masuk ke Shah Alam di samping cadangan menggunakan wang zakat orang Islam untuk memajukan negeri.

Rasanya jika orang Melayu di Selangor kekal menyokong BN dan UMNO tentunya perkara ini tidak akan berbangkit. Ini merupakan harga yang perlu dibayar ekoran daripada perubahan yang diinginkan pada 2008.

Jika dilihat kepada kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, 41 daripada 56 kerusi DUN, majoriti pengundinya adalah Melayu.

Maka boleh dikatakan di sini, apa yang berlaku di Selangor termasuk hal yang berkaitan dengan penghinaan terhadap Islam dan Melayu berpunca daripada orang Melayu itu sendiri.

Melayu yang menjadi penyebab jika kaum itu dan agama Islam dihina dan diinjak-injak.

Pepatah menyatakan: "Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat, bersatu teguh bercerai roboh". Inilah akibatnya apabila kita tidak menghargai apa yang dimiliki.

Begitu juga di Perak. Di mana majoriti pengundi di 38 daripada 59 DUN-nya adalah Melayu.

Malah di seluruh negara, kawasan Parlimen yang majoriti pengundinya adalah orang Melayu jauh lebih banyak daripada bukan Melayu. Tetapi mereka tidak menggunakan kuasa sebagai pengundi itu untuk memastikan kuasa politik terus kekal.

Dengan alasan sudah tidak yakin lagi dengan perjuangan UMNO maka mereka melakukan perubahan pada pilihan raya umum lalu. Hasilnya ialah apa yang berlaku hari ini. Terdapat segelintir pemimpin daripada parti tertentu yang mula berani bermain dengan api perkauman dan agama.

Segala bantahan dan kutukan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu sudah tidak ada maknanya.

Jika mereka turut berdemonstrasi hingga tumpah darah sekali pun tidak mampu mengubah apa yang berlaku.

Pada tahun 2008, ini yang mereka mahukan - perubahan. Bila berlaku perubahan kuasa sudah tentu wataknya juga akan berbeza.

Sebab itu orang Melayu perlu mengambil iktibar daripada apa yang telah mereka lakukan pada pilihan raya 2008 itu.

Dalam bidang ekonomi, Melayu memang ketinggalan, kini jangan sampai kehilangan kuasa politik. Lihatlah apa yang berlaku di beberapa negeri yang dikuasai pembangkang.

Lihat apa yang berlaku di Perak ketika pembangkang berkuasa untuk seketika selepas pilihan raya umum lalu.

Segala serangan, kritikan, penghinaan dan apa juga tanggapan negatif yang dilemparkan kepada orang Melayu dan Islam merupakan pengajaran yang berguna pada masa depan.

Tidak guna bangkit menyalahkan individu tertentu kerana mengeluarkan kenyataan yang menghina Melayu dan Islam. Ini kerana mereka berani berbuat demikian disebabkan tindakan orang Melayu itu sendiri.

Ketidakupayaan Melayu untuk bersatu dan kecenderungan untuk menghukum pemimpin sendiri membolehkan pihak lain mengambil kesempatan daripada kelemahan yang berlaku untuk kepentingan mereka.

Jadi, tidak perlu menjadi seperti anjing yang menyalak bukit kerana ia tidak mampu mengubah apa-apa.

Tunggulah tiga atau empat tahun lagi jika mahu melakukan perubahan iaitu pada pilihan raya umum akan datang. Itupun jika Melayu sudah mendapat pengajaran daripada apa yang berlaku sekarang. Belajarlah daripada kesilapan ini.

Kementerian Kesihatan dan seluruh agensi berkaitan perlu lebih aktif

Salam...hari ini kebetulan hari minggu...pastinya tidak bekerja. Kesempatan yang ada saya gunakan untuk membaca akhbar secara online, lebih cepat...Pelbagai jeinis berita yg terpapar di dada akhbar...yang paling menarik minat saya adalah berkaitan dengan kes H1N1 ...kes kematian semakin meningkat...hairan betul saya, setiap hari hanya berita mengenai kes kematioan meningkat n kes jangkitan bertambah..tetapi tidak pula ada berita mengenai apa langkah yang kerajaan dan juga kementerian kesihatan akan laksanakan atau dalam proses untuk dilaksanakan...memang rakyat perlu tahu status angka berkaitan kes jangkitan dan juga kes kematian akibat wabak bahaya ini..tetapi sepatutnya dengan kes kematian yang meningkat hari ke hari, seharusnya dari bermulanya peningkatan angka rakyat meninggal akibat jangkitan H1N1...pihak-pihak terlibat perlu lebih agresif dan proaktif untuk lakukan sesuatu...saya sangat bersetuju apabila membaca kenyataan Tengku Abdullah bekaitan kes ini...rakyat masih tertanya-tanya...negara kita sekarang di tahap yang mana...merbahaya?bahaya?amat bahaya?atau sebaliknya....perkara ini perlu ditangani dengan serius apabila melibatkan nyawa jutaan rakyat...wabak ini tidak memilih kaum, bangsa , golongan kaya atau miskin mahu pun yang tua atau yang muda. Jadi, rayuan kepada kerajaan Malaysia amnya dan kementerian kesihatan khasnya..lakukan sesuatu yang lebih drastik...agar kes ini dapat dibendung...jangan tunggu sehinnga nasi sudah menjadi bubur....

Thursday, 13 August 2009

Song...



Ketika Cinta Bertasbih

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta

Hujan...










On the way balik kije..hujan lebat agak lebat sepanjang jalan,,,pantai pun suram..gelap...











Mist...









Nun di sana...hujan masih belum berhenti...









Perjalanan ke destinasi...walau apa jua keadaan...teruskan melangkah.


Salam...hari ini on the way balik kije..hujan sangat lebat...dah beberapa hari tak hujan.
Malam ni jugak...dapat tau tentang perginya vokalis nasydi komtemporari, Allahyarham ustaz Asri...semoga rohnya dicucuri rahmat, Al-Fatihah.
Lagi satu perkara yang berlegar-legar dalam kepala ni..Sabtu nanti ada program CAKNA anjuran JPNT dan Kerajaan Negeri Trg, semua pelajar cemerlang SPM, UPSR, PMR dan STPM dikumpulkan di Dewan Sultan Mizan, UMT...isk rasa macam berat hati je nak gi...Petang tadi pon masa kat bank, rasa cuak semacam je..mau tak cuak, dah la 3 kali isi borang cheque deposit tu..pastu kena guna pen hitam yang ada kat kaunter tu...check dalan hand beg xde plak pen hitam..semua biru je..isk..mula pk macam2...bukan apa..sekarang ni musin wabak...bahaya...bukan takut mati...ajal tu adalah paling dekat dengan kita..bila-bila masa..tapi itulah....
Baca paper hari ini, pada 1918 dulu dunia dah pernah diserang wabak seperin ini, influenza A selama 2 tahun melibatkan kes kematian lebih 50 juta...dan kini perkara seakan sama menyerang dunia lagi...tapi diharapkan agar kes kematian di Malaysia akan berkurang...dan dengan harapan juga kerajaan lebih memberi perhatian n tumpuan serius dalam membendung penularan wabak bahaya ini...Apa guna slogan 1Malaysia...Rakyat diutamakan sekiranya hal sebegini tidak ada langkah atau tindakan yang lebih serius..proaktif..sekadar mewar2kan..supaya menjaga kebersihan...menutup mulut.muka..bersihkan tangan...sedangkan kes kematian sentaisa bertambah hari ke hari...Selamanya kah sekolah akan ditutup satu demi satu?Wajarkah langkah ini.....Program itu dan ini masih diteruskan sedangkan telah diumumkan dalam berita beberapa hari lepas..sekiranya lebih baik berada di rumah..maka teruslah berada di rumah daripada bersesak dan mendedahkan diri terhadap peluang jangkitan....Nauzubillah....
Semoga Ramadhan bagai menjelma...segalanya bertambah baik...marilah sama-sama memohon dari yang Esa agar negara sentiasa selamat...dan sesungguhnya setiap penyakit yang Allah ciptakan akan ada penawarnya kecuali MATI...
Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri....

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Wednesday, 12 August 2009

Ramadhan....kutunggu ketibaanmu.

"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, Kitab al-Shiyam, hadis no: 1079.

Alhamdulillah...syukur ke hadrat yang maha Esa..tahun ini InsyaAllah dengan izinNya, maka untuk sekian kalinya saya berpeluang menikmati n menghayati Ramadhan Al-Mubarak. Tidak perlu keperluan material yang keterlaluan untuk menyambutnya cukuplah dengan persiapan jiwa ke arah yang lebih baik..dengan ribuan n jutaan harapan agar Ramadhan kali ini dihayati dengan penih keinsafan, agar bulan mulia ini memberi jutaan rahmat yang tak terhingga..semoga juga kali ini ibadat yang berganda dapat dilaksanakan...
Ramadhan yang bakal menjengah ralat rasanya jika ditinggalkan celoteh serba sedikit bagi Syawal yang akan menyusul kemudian..walau pun masih agak jauh, namun segelintir daripada kita telah sipa siaga menantikan munculnya 1 Syawal. Dengan persiapan yang 1001 macam...namun masih juga ada yang belum menyentuh apa-apa untuk 1 Syawal, mungkin di saat akhir baru mula mengorak langkah mulakan persiapan atau sekadar ala kadar dengan kesederahanaan,
Di kampung..bunyi mercun bang..bang..bom...mula kedengaran di serata ceruk kampung. Nampaknya tidak sabar mereka menantimu wahai Ramadhan...
Semoga kali ini, doa dari kami muslimin dan muslimat agar dijauhkan segala bencana yang menimpa...hindarilah kami dari musibah H1N1 yang semakin menjadi-jadi...
Terbaru di tempat saya, sebuah lagi SMK ditutup selama seminggu berikutan terdapat lebih kurang 6 kes positif, minggu lepas bermula dengan Kem PLKN di Merang, kemudian menyusul SMK elit Lembah Bidong..Ya Allah, jauhilah kami semua dengan musibah seterusnya..hindarilah kami dari segala yang buruk..
Saya sendiri ada kalanya terpaksa berfikir berklai-kali untuk ke suatu tempat memandangkan keadaan yang semakin serius denga virus ini, semoga segala kerja yang ikhlas diberkatiNya, hanya doa senjata mukmin...maka tidak lekang di hati waima di mulut terkumat-kamit memohon agar setiap langkah dilindungiNya.
Berbalik kepada cerita Ramadhan, tahun ini mengharapkan 1000 rahmat dariNya..mengharapkan agar ibadat lebih berganda dapat dijalankan berbanding tahun-tahun sudah. Soal persiapan yang lain tu, usah dikejar sangat apa yang penting adalah mencari pahala berganda dan juga mengharapkan agar menjadi tetamu di malam lailatulqadar...InsyaAllah semoga dikurniakan rezeki dan jodoh bertemu malam yang amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Tentang makna al-Qadr, sebahagian ulama berpendapat ia bermaksud pengagungan. Dari sini dapat kita fahami bahawa lailatulqadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana diturunkan al-Quran pada malam tersebut, turunnya para malaikat, melimpahnya rahmat dan keampunan ALLAH serta ALLAH akan menganugerahkan keagungan (kemuliaan) kepada mereka yang beribadah pada malam itu.

Al-Qadr juga bermaksud penetapan. Oleh itu, lailatulqadar juga bermaksud malam penetapan segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya. Ini jelas bertentangan dengan tanggapan kebanyakan umat Islam di Malaysia yang beranggapan bahawa malam Nisfu Sya’ban merupakan malam di mana ALLAH menetapkan apa yang ditakdirkan untuk kita pada tahun berikutnya. Mereka berhujah dengan Firman ALLAH S.W.T:

"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat; (KAMI berbuat demikian) kerana sesungguhnya KAMI sentiasa memberi peringatan dan amaran (agar hamba-hamba KAMI tidak ditimpa azab). (KAMI menurunkan al-Quran pada malam itu kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta ketetapan yang bakal berlaku." – Surah al-Dukhan: 3-4.

Menurut tafsiran 'Ikrimah, malam yang diberkati dan ditetapkan segala urusan manusia itu adalah malam Nisfu Sya’ban. Namun, pendapat ini tertolak kerana nas-nas yang sahih telah menjelaskan bahawa al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan dan malam yang diberkati itu adalah malam lailatulqadar sebagaimana yang terdapat di dalam surah al-Qadr yang telah penulis paparkan sebelum ini.

Al-Hafiz Ibn Kathir r.h ketika mentafsirkan surah al-Dukhan, ayat 3-4, katanya:

"ALLAH berfirman menjelaskan tentang al-Quran al-Adzim bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang penuh berkat, iaitu malam al-Qadr sebagaimana firman ALLAH di dalam surah al-Qadr:

"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadr." – Surah al-Qadr: 1.

Hal itu terjadi pada bulan Ramadan sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa ialah) bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran padanya, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dan yang salah. Oleh itu, sesiapa antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), dia hendaklah berpuasa pada bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir, (dia bolehlah berbuka kemudian dia wajib berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan itu) ALLAH menghendaki kamu beroleh kemudahan dan DIA tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Malah supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat petunjuk-NYA dan supaya kamu bersyukur." – Surah al-Baqarah: 185.

Apa yang dapat diambil pengajaran di sini ialah sesiapa yang mengatakan bahawa malam yang dimaksudkan (dalam surah al-Dukhaan itu) adalah malam Nisfu Sya’ban seperti yang diriwayatkan daripada 'Ikrimah, bererti dia telah menjauhkan diri dari pengertian asalnya. Ini kerana, nas al-Quran menegaskan bahawa yang dimaksudkan dengan malam yang penuh berkat itu (lailatulqadar) adalah pada bulan Ramadan." – Rujuk Kitab Tafsir al-Quran al-‘Adzim karya al-Hafiz Ibn Kathir, jil. 4, ms. 137.

Syeikh Muhammad Abdul Salam r.h berkata:

"Keyakinan bahawa malam Nisfu Sya’ban adalah malam al-Qadr adalah keyakinan yang salah. Demikian kesepakatan para ulama hadis sebagaimana dijelaskan oleh Ibn Kathir di dalam tafsirnya. Ketika menjelaskan Sunan al-Tirmizi, Ibn al-'Arabi mengatakan bahawa firman ALLAH di dalam surah al-Dukhan, ayat 3: Sesungguhnya kami menurunkan al-Quran bermaksud diturunkan pada malam Nisfu Sya’ban adalah tidak benar kerana ALLAH tidak pernah menurunkan al-Quran pada bulan Sya’ban.

Tetapi, ayat itu harus difahami secara lengkapnya sesungguhnya kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr di mana lailatulqadar itu hanya wujud pada bulan Ramadan. Hal ini juga ditegaskan oleh ALLAH di dalam surah al-Baqarah, ayat 185: Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah pada bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran padanya. Keyakinan al-Qadr berlaku pada malam Nishfu Sya’ban sangat bertentangan dengan Kitabullah dan sangat jauh terpesong dari isi kadungannya.

Perlu kami ingatkan bahawa ALLAH sendiri telah menegaskan tentang malam itu di dalam surah al-Dukhan, ayat 3: (KAMI menurunkan al-Quran pada malam itu kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta ketetapan bermaksud pada malam al-Qadr dijelaskan segala hal kepada malaikat bukannya pada malam Nisfu Sya’ban." – Rujuk Kitab al-Sunan wa al-Mubtada’at karya Muhammad Abdul Salam Khadr al-Syaqiry, ms. 156.

Disebabkan oleh kekeliruan ini, mereka telah menciptakan pelbagai ibadah yang khusus seperti membaca surah Yasin sebanyak tiga kali diselang-selikan dengan doa-doa yang tertentu agar tahun yang mendatang bakal lebih baik dari tahun itu. Ternyata amal ibadah tersebut tidak ada contohnya daripada Rasulullah s.a.w mahupun para al-Salafussoleh dan sewajarnya dinilai semula oleh semua pihak. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w telah mencela amalan bid’ah melalui sabdanya:

"Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (sunnah) serta seburuk-buruk perkara adalah sesuatu yang diada-adakan dalam agama dan setiap yang diada-adakan termasuk kategori bid’ah dan semua bid'ah itu menyesatkan." - Hadis riwayat Muslim dalam Sahihnya, no: 867.

Segala segala yang baik akan menjadi leboh baik untuk masa seterusnya.....Amin.

Tuesday, 11 August 2009

M.c..

Salam...hari ni saya kurang sihat...so saya xkerjalah hari ini....keluar pagi tadi pegi clinic..dapat m.c satu hari..ikutkan esok nak extend lagi..tapi dah janji esok nak wat laksa penang...so kena pegi lah..esok class xfull...double period..for chemistry..tadi kaunselor dah mesej gtau esok nak wat motivasi utk pelajar SPM..so xde class la esok...hehehehehe...
syllabus pun dah habis..tinggal wat revision je...english pon nak revise topics form 4 especially literature components tu...
Slides dah sedia skit2...masalah tempat je..makmal tu fully used by others...berebut2....xpelah..sabar je lah...guna mana2 yang ada...
Erm...malam ni prepare kuah laksa penang...sekali dengan dessert...kali ni dessert tu alter skit dari puding caramel pisang last week...kali ni masih lagi guna pisang..tapi xgoreng..saya bakar pisang sekali ngan raisine..then tabur gula..bakar dalam 1/2 jam...untuk elakkan guna minyak...that's y saya bakar je kali ni...then kuah kastard n susu campur plak ngan fruit cocktail...ehehehehe..tu je kelainan....heheheheheheh...
Erm..laksa penang?
macam biasa...iakng selayang, belacan, cili boh...bla2....bla.....pics?nnt up load...so rasa mcm penat...nak rehat layan La DOlce Amira plak....

Ni lah karamel puding pisang....

Monday, 10 August 2009

Buku baru..



Dah dekat nak puasa ni..terasa gak nak try recipe baru..so tadi pegi kedai buku...kebetulan pegi beli tudung kedai sebbelah tu...singgah jenguk2 buku...terpandanglah RASA ni...belek2....erm..beli lah satu..macam banyak je recipes biskut raya walaupun tiap2 raya saya xpernah buat cookies except cornflakes madu...yang lain2 kakak saya sponsor..sebab dia mmg bisness cookies ....saya hanya mampu sponsor bahagian kek lapis...kacang2 n others....so mai la share sama tengok apa ada dalam RASA ni...hehehehehe...kawan2 nak share...kena beli sendiri lah...heheheheh

Sunday, 9 August 2009

Tired!

Today was very tired!...Geram....!

Saturday, 8 August 2009

Butter Prawn


  • Udang dibelah belakang dan goreng.
  • Mentega
  • Telur
  • Stok ayam
  • Gula
  • Daun kari
  • Cili
Mentega dicairkan + kuning telur dituang perlahan ke dalam kuali.
Kacau n plus daun kari n cili potong then padamkan api n tmbah perasa, gula n stok ayam.

Etika bersahabat...

  1. Kesabaran
  2. Berterus-terang
  3. Ikhlas
  4. SALING MENGHORMATI
  5. JUJUR
  6. SALING MEMAHAMI
  7. SALING MEMAAFKAN
  8. BERTOLAK ANSUR
  9. JAGA TUTUR KATA
  10. SALING MENASIHATI
  11. AMBIL BERAT
  12. SALING BERHUBUNG
  13. BERTELINGKAH.

Friday, 7 August 2009

My collections


Newly bought...in Langkawi


collection of parfumes..Femme by Hugo, Eternity Moment by CK, Carolina Herrera, Ultraviolet by Paco Rabane, Love in Paris by Nina Ricci..

Happy anniversary to my bro n sis..this entry is specially dedicated to both of u..


Wish the happiness will always be yours..forever and ever after...
May God blesses your family...all the days n nights..

With love..................









My brother..Mohd Hishamuddin married to Wan Harizaitu Wan Hussin....
Solemnisation done by my father, Haji Endut A. Rahman...

A glance to the MALAY WEDDING...

The traditional Malay wedding is a fascinating and age-old tradition. It is also a regal affair where the bride and groom are treated as king and queen for a day.

Betrothal

The pre-wedding meeting between the bride's and the groom's parents will determine the dowry that is to be given to the bride as well as the date of the solemnization. This may be as early as a year before the wedding itself so that arrangements could be made in advance. Often the wedding is held on a convenient weekend so as to accommodate relatives who live far away and to reduce costs. The berinai (henna application) ceremony is held prior to the wedding. The bride's palms and feet are 'decorated' with the dye from the henna leaves. Sometimes this is followed by the tukar pakaian (costume changes) and the bride and, less often, the groom will don different clothes for photography. The pelamin (raised dais) will be beautifully decorated for the purpose.

Akad Nikah

Marriage is a contract, and the akad nikah effectively forges the union. The solemnization is normally presided by a kadhi, a religious official of the Syariat (Shariat) Court. In olden days, it was customary for the bride's biological father to perform this function. The akad nikah ceremony is in effect a verbal contract between the bride's father or his representative (in this case the kadhi) and the groom. A small sum of money called the mas kahwin (in Singapore, it is S$22.50 as of 1998) seals the contract. The dialogue is as follows, and must be articulated clearly as to be heard by three witnesse s:

Tok kadi: I marry thee to (so-and-so) with the mas kahwin of S$22.50

Groom: I accept this marriage with (so-and-so) with the mas kahwin of S$22.50

The simplicity of this ritual belies the tremendous responsibilities of the groom to care for his bride, and this is reinforced in a brief lecture on marriage and its responsibilities delivered later by the kadhi. The groom is also reminded that, should he fail to provide both spiritual and physical sustenance for his wife, the marriage may be dissolved if a complaint is made to the Syariat Court.

One needs to distinguish the mas kahwin and the hantaran (dowry). The small sum of the mas kahwin is to ensure that even poor people could marry, for marriage is encouraged for all healthy Muslims. The hantaran, on the other hand, is more customary and may go into thousands of dollars. Often, the hantaran take s the form of both cash and jewelry or clothing.

The istiadat hantar belanja (sending of dowry and gifts) and upacara akad nikah (solemnization) often take place at the bride's place. The recent trend, though, is to hold the solemnization in the mosque as was performed during the Prophet Muhammad's (saws) time. The solemnization is usually conducted by the kadhi (marriage official) in front of witnesses after both partners are asked separately if they consent to the marriage. Gifts are then exchanged and there may be a recitation of the Quran.

Gifts from the groom are checked to ensure that they are as promised. They will then be displayed in the bridal chamber. Gifts of clothes, toiletries and even prayer mats (to signify their adherence to the religion) are presented in intricate boxes or forms known as gubahan.

Bersanding

Guests are invited to partake of a meal on Sunday. This is usually held in the void deck of a housing board flat so as to accommodate the large number of guests invited. Besides cutting down on costs, holding the feast in the void deck also enables the guests to view the bridal chamber and the bersanding (sitting in state) ceremony often held in the pengantin's (bride/groom) home. The wedding preparation is often based on the gotong-royong (mutual aid) among friends and relatives, for which the Malays are most well known for. Again in Singapore, simplicity has given way to tradition and requires that such tasks be undertaken by caterers.

Guests are presented with a bunga telur each. Literally, this means 'flower and egg'. Previously, the gifts were eggs dyed red placed in a cup or container with some glutinous rice at the base. Sometimes a paper flower is added to decorate the gift. The egg symbolises a fertile union and the hope that the marriage will produce many children. Indeed, the Prophet (saws) had once said, "Marry and produce many children so that I may be proud of my many followers on Judgement Day". Today, most gifts are commercially prepared and may take the form of chocolates, jelly or even a cake of soap.

The feast is often a noisy, lively and informal affair. This is further enhanced by the colourful costumes worn by the guests themselves. A Malay band group may be hired to add to the atmosphere. The arrival of the groom is heralded by the hadrah troupe. This group, of mostly teenagers, will beat the kompang (hand drums) and sing Quranic verses and good wishes. The groom is often flanked by bunga manggar (palm blossoms) carriers and a busload of relatives and friends.

The mak andam (beautician) as well as members of the bride's family will waylay the groom and ask for an 'entrance fee'. Only when they are satisfied with the amount would they allow the groom to see his bride. After successfully overcoming the 'obstacles', the ceremony takes place. Relatives will sprinkle petals and yellow rice (fertility symbols) on the couple seated on the 'throne'.







I finally found someone
That knocks me off my feet
I finally found the one
That makes me feel complete
It started over coffee
We started out as friends
It's funny how from simple things
The best things begin

This time is different
And it's all because of you
It's better than it's ever been
'Cause we can talk it though
My favorite line was
"Can I call you sometime"
It's all you had to say
To take my breath away

This is it, oh I finally found someone
Someone to share my life
I finally found the one
To be with every night
'Cause whatever I do
It's just got to be you
My life has just begun
I finally found someone

Did I keep you waiting? I didn't mind
I apologize, baby that's fine
I would wait forever just to know you were mine

You know I love your hair
Are you sure it looks right?
I love what you wear
Isn't it too tight?
You're exceptional
I can't wait for the rest of my life

This is it, oh I finally found someone
Someone to share my life
I finally found the one
To be with every night
'Cause whatever I do
It's just got to be you
My life has just begun
I finally found someone
And whatever I do
It's just got to be you
My life has just begun
I finally found someone







Thursday, 6 August 2009

Ingatlah...

PESAN IMAM AL-GHAZALI:
yang dekat itu MATI..
yang jauh itu MASA LALU..
yang besar itu NAFSU..
yang berat itu AMANAH..
yang tajam itu LIDAH..dan
yang indah adalah SOLAT....


Today..

  • Woke up later than usual....
  • Rushed to school....everything was done in few minutes...
  • Drove like to kill myself.
  • At school, ran here n there to settle down all the things.
  • Drove to SMK Sg. Tong..accompanied students for district level SPM tutorial.
  • Got a news about my service record had been sent to JPN Terengganu...joy over the moon....yeahaaa..
  • Very tired.....


KERANA DIA MANUSIA BIASA…

Assalamualaikum. .. Semoga bermanfaat.. …. baik utk yang melamar ataupun yg dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga……

Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga..

Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa ……

Kerana Dia Manusia Biasa …

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu?

Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi.

Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.

Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja.

Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, Dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka Berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya.

Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya.. . ..!!!

Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan Untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara.

Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That’s all…….Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.

Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.

Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa Kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur. “Aku tak boleh tidur.” Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini.

“Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur.”

“Ya.. ya.” Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.

Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya Nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini Saya pendamkan.

“Kenapa kamu memilih dia?” Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih hp dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu hp dia mengais lembaran kertas di dalamnya.

Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni.. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh…, dia malah ketawa geli hati.

“Buka aja.” Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. ………

“Teruknya dia ni.” Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat di atas, di barisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu……..

************ ********* ********* ********* ********* *

Kepada Yth ……..

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu’alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama …………. … menginginkan anda …………. ….. Untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa.

Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar Isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa.. Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak Berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho Dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu’alaikum Wr Wb

************ ********* ********* ********* ********* ******************* Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat ‘lamaran’ yang begitu indah.

Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.

Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

“Kenapa kamu memilih dia……?”

“Kerana dia manusia biasa……. .” Dia menjawab mantap. “Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.

Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari.

Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku..”

“Maksudnya?”

“Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betul tak? Paling tidak…. Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau Suatu masa nanti kami jadi miskin.

“Ssttt…… .” Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.

Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

“Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama.” Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

“Gik…..?”

“Tidur…… Dah malam.” Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur Segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang Tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah ‘proses usaha’. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan ‘nama’.

Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.

Ketika segala yang ‘melekat’ pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.

Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan Sebuah pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan Dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.

Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu ‘alam

* Dipetik dr blog seorang sahabat..

Wednesday, 5 August 2009

Malam Nisfu Syaa'ban

Malam ni malam nisfu Syaa'ban....biasanya kat masjid kat kampung saya akan adakan sedikit majlis....
slam memberikan pelbagai peluang keemasan yang seharusnya diterokai dan diikuti oleh setiap penganutnya. Peluang yang diberikan oleh Islam ialah dengan memberikan pelbagai tawaran dan ganjaran yang akan diperolehi sekiranya mereka berusaha untuk mematuhi ajarannya. Inilah yang mencorakkan keindahan ajaran Islam. Semua ini bertindak sebagai pencetus daya motivasi mereka untuk terus berusaha dan bekerja di samping mengejar segala kebaikan dan menjauhi segala kejahatan. Kelebihan yang baik itu seterusnya diberikan hanya kepada mereka yang berusaha mencari kebaikan dan menghapuskan kejahatan.

Salah satu peluang yang mesti direbut itu adalah mengejar kebaikan yang hanya diberikan oleh Allah dalam bulan-bulan tertentu dan tidak pada bulan-bulan yang lain. Jika ada, ganjaran di bulan tersebut tentunya lebih baik lagi jika dibandingkan dengan kebaikan yang ada pada bulan-bulan yang lain. Sesungguhnya, setiap ganjaran akan diberikan oleh Allah kepada para hambaNya dalam bulan-bulan tertentu. Ini bertujuan untuk meningkatkan kesungguhan mereka berusaha dan beramal, malah ini untuk kebaikan mereka juga. Inilah peluang keemasan yang semestinya mereka kejar dengan melakukan pelbagai perbuatan baik dan mulia. Sudah tentu, mereka pula janganlah semata-mata ingin memperolehi ganjaran itu, tetapi yang lebih utama adalah mendapatkan keredhaan Allah, dan inilah yang lebih penting. Kerana ganjaran baik itu akan mereka perolehi jika Allah meredhai amalan mereka.

Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat bermakna bagi para hamba yang ikhlas. Banyak hadis Rasul S.A.W yang diriwayatkan menceritakan kelebihan bulan ini. Antaranya ialah sabda Rasul S.A.W bermaksud: Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. Nabi S.A.W. memberikan simbolik bahawa bulan Syaaban sebagai bulan baginda. Ini diertikan sebagai bulan di mana baginda banyak melakukan amal ibadah. Simbolik ini juga bererti umatnya sepatutnya melakukan banyak amal ibadah sebagaimana yang banyak dilakukan oleh baginda.

Antara amalan yang amat digalakkan dilakukan dalam bulan ini ialah puasa. Amalan ini bolehlah dianggap sebagai satu amalan yang agak sukar, kerana ia benar-benar menguji ketahanan mental, emosi dan fizikal seseorang. Bagaimanapun, inilah antara amalan yang banyak ganjarannya jika dilakukan dalam bulan ini. Ini bertepatan dengan sabda Rasul S.A.W bermaksud, Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini, dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas dari kegelapan alam kubur, bebas dari hura-hara munkar dan nankir, ditutup Allah akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya.

Dalam sebuah hadis lain, baginda Rasul S.A.W. bersabda yang bermaksud, Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban, akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid. Itulah antara kelebihan berpuasa dalam bulan Syaaban. Di samping itu, berpuasa dalam bulan ini juga adalah sebagai persediaan untuk melakukan ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan.

Seterusnya bulan Syaaban ini juga merupakan bulan di mana setiap doa orang-orang beriman akan dimakbulkan Allah. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Umar, Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Di samping memohon doa, umat Islam juga digalakkan untuk bertaubat dan memohon keampunan di atas keterlanjuran mereka dalam bulan ini. Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini, pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan riba̢۪, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya.

Inilah antara beberapa kelebihan yang Allah kurniakan untuk para hambaNya dalam bulan Syaaban. Allah yang bersifat Maha Pemurah akan tetap memberi semua kelebihan ini bagi mereka yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam amalan mereka. Semua ganjaran ini juga adalah sebagai perangsang kepada mereka untuk melipatgandakan amalan dan usaha mereka. Mereka hendaklah merebut peluang keemasan ini untuk kejayaan mereka di dunia dan di akhirat selagi hayat di kandung badan. Ini juga bertepatan dengan maksud hadis Rasul S.A.W bermaksud, Rebutlah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara, masa muda sebelum datangnya masa tua, masa lapang sebelum datangnya masa sibuk, masa senang sebelum datangnya masa susah, masa sihat sebelum datangnya sakit dan masa hidup sebelum datangnya mati.


1. Telah memberitahu kepada kami Abdullah bin Yusuf Telah memberitahu kami Malik daripada Abi An-Nadhri daripada Abi Salamah daripada Sayyidatina ‘Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda S.A.W banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban.
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya )

2. Telah memberitahu kami Muaz bin Fudhalah telah memberitahu kami Hisham daripada Yahya daripada Abi Salamah sesungguhnya sayyidatina ‘Aishah telah memberitahunya dengan berkata : Nabi S.A.W tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban, dan baginda S.A.W telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda S.A.W bersabda : Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan ( mewajib )kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W adalah sembahyang(sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda S.A.W apabila mendirikan sembahyang maka baginda S.A.W sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya)

3. Telah memberitahu kami Sufian bin ‘Uyainah daripada Ibn Abi Labid daripada Abi Salamah telah berkata : Aku telah bertanya Sayyidatina ‘Aishah tentang puasa Rasulullah S.A.W maka dia menjawab : Adalah baginda S.A.W berpuasa sehingga kami berkata : Sesungguhnya baginda S.A.W telah berpuasa dan baginda s.A.W berbuka sehingga kami mengatakan : Telah baginda S.A.W berbuka. Aku tidak pernah melihat baginda S.A.W berpuasa dari sebulan sahaja lebih banyak daripada puasa baginda S.A.W pada bulan Sya’ban. Kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa Sya’ban sebulan penuh dan kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa sedikit daripadanya.
(Diriwayatkan oleh imam Muslim di dalam sohihnya)

4. Telah memberitahuku Muawiyah bin Soleh daripada Abdullah bin Abi Qais sesungguhnya dia telah mendengar Sayyidatina ‘Aishah berkata : Bulan yang disukai oleh Rasulullah S.A.W yang mana baginda S.A.W berpuasa padanya adalah bulan Sya’ban kemudian disambung puasa pada bulan Ramadhan.
( Hadis ini sanadnya Hasan dan diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasaei, Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi dan Al-Baghawi)

5. Telah memberitahuku Al-Maqburi daripada Abu Hurairah daripada Usamah bin Zaid telah berkata: Aku telah berkata : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kau telah melihat engkau berpuasa pada bulan yang mana aku tidak melihat engkau berpuasa pada bulan yang mana engkau puasa padanya. Soal Rasulullah S.A.W : Bulan apa? Aku telah berkata: Sya’ban bulan diantara Rejab dan Ramadhan yang mana melupai manusia mengenainya(diangkat kepadaNya) segala amalan semua hamba maka aku lebih suka amalanku tidak diangkat melainkan bersamanya aku berpuasa. Mka aku berkata lagi: Aku melihat engkau berpuasa pada hari Isnin dan Khamis dan tidak mengabaikan kedua-dua hari itu.Sabda baginda S.A.W : Sesungguhnya segala amalan semua hamba akan diangkat pada kedua-dua hari itu maka aku lebih suka tidak diangkat amalanku melainkan bersamanya aku berpuasa.
( Hadis ini sanadnya Hasan dan telah dikeluarkan oleh An-Nasaei, Imam Ahmad dan imam Al-Baihaqi )

HADIS MENGENAI KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BAN

1. Daripada Makhul daripada Malik bin Yakhamir daripada Muaz bin Jabal daripada Nabi S.A.W telah bersabda: Sesungguhnya Allah ta’ala memerhati makhlukNya pada malam nisfu(pertengahan) daripada Sya’ban maka Dia akan mengampuni semua makhlukNya melainkan orang yang syirik atau orang yang bermusuhan.
( Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Ibn Habban, Al-Baihaqi dan At-Thobarani )

2.Daripada Hisham bin Hassan daripada ( Al-Hasan daripada) Usman bin Abi Al-’As daripada Nabi S.A.W telah bersabda : Apabila tibanya malam nisfu (pertengahan) daripada bulan Sya’ban, pemanggil akan memang- gil : Adakah daripada mereka yang memohon keampunan maka nescaya diampun baginya ? Adakah daripada kalangan mereka yang meminta maka akan diberi? Maka tidak ada seseorang yang memohon sesuatu melainkan akan diberi melainkan penzina dengan kemaluannya ataupun orang syirik.
( Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Al-Kharaiti, Al-Baihaqi dan imam Sayuti )

Penerangan Hadis

1. Hadis-hadis ini menjelaskan kepada kita bagaimana kelebihan bulan Sya’ban yang mana Rasulullah S.A.W sentiasa berpuasa bahkan melebihi bulan-bulan yang lain.

2. Hadis-hadis ini juga menerangkan bagaimana hukum berpuasa pada bulan Sya’ban iaitu sunat bukannya wajib. Oleh itu baginda S.A.W kadang-kadang berpuasa penuh sebulan pada bulan ini dan pada suatu ketika baginda tidak berbuat demikian. Kita perlu ingat bahawa setiap perbuatan Rasulullah S.A.W merupakan sunnah fi’liyyah (sunnah yang berasaskan perbuatan) yang boleh dijadikan hujjah di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.

3. Baginda S.A.W juga menggalakkan kita agar di dalam melakukan sesuatu yang baik terutama dalam ibadat khusus seperti solat sunat, puasa sunat dan sedekah maka ia mestilah dilakukan secara berterusan walaupun sedikit. Kita kadang-kadang melakukan perkara ini secara banyak tetapi tidak berterusan dan ia dilakukan apabila timbulnya perasaan rajin sahaja. Ini menyebabkan kita kurang merasai hikmat dan kesan daripada amalan tersebut. Ini kerana apabila ia dilakukan secara berterusan akan mendatangkan kepada kita perasaan untuk menghisab dan menghitung diri sendiri secara berterusan dan ini akan melahirkan individu yang sentiasa berada dalam ibadat dan mengingati Allah setiap masa dan tempat sama ada ditikar sembahyang, ketika belajar mahupun ketika berkerja.

4. Galakan ini juga bertujuan untuk melatih dan membiasakan kita dengan berpuasa sebelum masuknya bulan Ramadhan yang memang kita mesti berpuasa padanya.
5. Baginda juga menekankan bagaimana seseorang muslim mesti percaya bahawa setiap amalan yang dilakukan bukanlah sia-sia malah ia akan diangkat kepada Allah untuk dihisab kualitinya. Apabila perasaan ini timbul sepanjang kehidupan dan peribadatan kita seharian akan menyebabkan kita semakin yakin kepada balasan Allah terhadap apa yang telah kita sama-sama tunaikan. Ini dapat menghindarkan diri daripada melakukan sesuatu ibadat sambil lewa dan penuh dengan perasaan malas dan juga mampu memberi peringatan agar jangan mendekati segala maksiat kerana setiap gerak laku kita diperhati dan dihisab oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

6. Baginda S.A.W juga menjelaskan bagaimana adanya waktu-waktu tertentu yang mempunyai kelebihannya tersendiri seperti pada hari Isnin dan Khamis serta pada bulan Sya’ban terutama pada malam pertengahan bulannya. Baginda S.A.W juga mengajar kita agar menggunakan kesempatan yang ada dengan berdoa dan beribadah kepada Allah.

7. Islam mengajar kita agar menjaga masa dan menggunakan peluang yang ada untuk beribadat bukannya dihabiskan begitu sahaja disebabkan kita tidak merasa berdosa apabila tidak mempedulikan masa. Orang kafir mapu menjaga masa dan menggunakan masa untuk perkara berfaedah serta tidak kurang juga digunakan untuk mengatur strategi di dalam menyerang Islam. Adakah kita terus hanyut dibuai mimpi sedangkan musuh Islam telah lama merancang untuk menghancurkan kita.

8. Islam mahu melahirkan umat yang berkualiti dalam ibadat, masa dan pekerjaan yang mana ia tidak menyuruh kita sekadar menunaikan ibadat khusus seperti sembahyang, puasa dan bersedekah sahaja tetapi juga menekankan agar setiap ibadat yang dilakukan mampu melahirkan umat yang sedar siapa mereka dan apa tanggungjawab mereka. Ingatlah bahawa Rasulullah S.A.W pernah memarahi sahabat yang hanya mahu beribadat khusus sahaja sedangkan baginda S.A.W sendiri bukan sahaja merupakan orang yang kuat beribadat khusus, memohon keampunan malah baginda juga sebagai bapa, suami, ahli masyarakat dan juga yang paling besar dan berat adalah sebagai pemimpin negara. Semuanya dikira ibadat jika dilakukan mengikut landasan Islam. Kita jangan termakan dengan dakyah sesat golongan kuffar yang menyatakan ibadat adalah perkara yang berkaitan dengan sembahyang, puasa, haji dan ibadat khusus yang lain sahaja tanpa mempedulikan kewajipan kita yang besar seperti tanggungjawab terhadap kerja, keluarga, masyarakat setempat dan juga pemerintahan negara.

9. Islam mencela mereka yang syirik, berzina dan bermusuhan yang mana doa mereka tidak dimaqbulkan.

Bibiografi

1. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibnu Hajar jilid 4 cetakan Maktabah Al-Risalah Al-Hadisah
2. Syarah Sohih Muslim oleh imam An-Nawawi jilid 15/16 cetakan Darul Makrifah
3. Kitab Fadahailul Auqat oleh Abi Bakar bin Al-Husin Al-Baihaqi di kaji oleh Adnan Abdul Rahman Majid Al-Qaisi cetakan Maktabah Al-Manarah Makah Mukarramah

Good versus Bad....winner?.

Today's topic is Good n bad things....The things that experienced by myself...almost everyday...I faced the same things on the previous days..and also today...
every official task ordered by the department..will be done immediately by us but the problem that always happen is the improper instruction...incomplete order...missing hard copy and so on...so for today...so many incomplete document that lead and caused for the pending action...and was almost getting dazed off to everything on my eyes...
Am very tired to entertain all the irresponsibly person...who do not committed with the duty...once u had signed for the agreement letter as the servant...so then u had to commit n responsible with your work and job...please do not take fr granted with the kindness from others...people may be sympathy with you but not for all the time...once u reach for the border...everything will be blown out...
Todal was lost my patience...and the anger covered me...tired with the students' trait...tired with the PPD ..n tired to deal with the stupid persons!
Tried to be more preserve...tried to stand stay with all the problems..but am not a robotic creatures which can be switched off n on the green button...am an ordinary human being...who has feeling...who know the tired...boring..n so on...
Tired..boring...tiredddddddddddddddddddddddddddd!!!!!
The good things for being a teacher....
  • teach other people and also teach own self..
  • learn to be more patience..
  • learn so many tasks...clerking, accounting, auditing...bla..bla..
Bad....
  • temperature n anger are 2 good friends...
  • pending task
  • disorder instruction
  • 'chicken brand' official job...
many moreeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!
Since am home alone rigth now...for my dinner tonigh just order m....y nephew to buy a 'nasi air' or porridge at the nearest night market at my kampong
enuf la....

Tuesday, 4 August 2009

Tired...

Today almost flat!!...Ran to K.T around 11 to fetch students who attended the KEM SPM...then rushed to school...planned to drop them at school..but they were spoiled brat students...so amny 'songeh'...then had to send them near to their house n turn back to my school...kan mcm susahkan aku je tu...manja sngt diorng ni..ngda2..tot aku ni driver...pegi dihantar...pulang dijemput..penat tau..nak ngajo lagi...nak urus itu n ini....then bergegas utk monitor program teknik jawab soalan SPM BM...aduhai...penat...coz..bila sampai school...form 5 students..berkeliaran je...heran macam xde bengkel..n macm xde kawalan...adush!!!Bila singa betina dah mula menapak....maka perlahan2 yang mana2 tersadai macam perahu buruk kat tepi2 tu mula make move...get inside...dalam dewan...sungguh tidak berpuas hati....2 front line..fully occupied but then...lompong....belakng tu plak baru ada...then the singe betina mengaum ke arah mangsa2...maka ksonglah tmpt belakang...perut dah vibrate..mulakan lagu keroncongnya...so aku bergegas ke lab...tengok apa yg ada utk lunch today..around 3.00....then sudah makan xsemapt minum air..serabut mata tengokkan pelajar2 lelaki form 5 lalu-lalang...it generates the temperatre to higher mode...basuh tangan...mula atur langkah...sorang demi sorang kena ambush....hambik ko!
Degil!.dah la BM xlulus...xkredit...bla..bla.....pegi masuk dewan sekarang....! Penceramah bukan main hebat dijemput khas...utk korang tapi korang buat tak tau je....
GERAM! MARAH! KECEWA!SEDIH!!!!! Segala macam perasaan ada....kenapalah mereka ini langsung tidak pandai menghargai peluang yang ada....kenapa hati mereka sebegitu....
BOSAN!
Aku bergerak ke arah dewan...dalam mengejar waktu...solat belum lagi dilangsungkan....berpatah semual ke makmal...berwuduk....then ..Allahuakbar...........Assalamualaikum...kanan n kiri....sedikit doa kupanjar dariNya....moga tenang n senang segala urusan...
Kembali kepada urusan tertangguh....Alhamdulillah..keadaan kembali ok...pelajar2 di tempat sepatutnya sehinggah selesai...kehadiran agak memuaskan..
Itulah kehidupan setakat hari ini...oooh ya..petang tadi ke rumah kawan kakak menghantar sedikit hasil kutipan dari kebun...rambutan durian rezeki melimpah...dikongsi bersama rakan n taulan...dapat merasa serba sedikit....

Monday, 3 August 2009

no idea

salam...world!
Today have no idea...just beginning of new week...everything need to refresh...need to look for new mood...new idea...n everything is under consideration.
Teaching? Like usual..proceed as well as I ever done before.
Cooking?Activities at school? Everything is ok....2moro is another day to be started...more ideas are needed....hhuhuhuh..poning kopalo...owh..2moro have to fetch the students at Sumai suite Hotel...part timer driver..biasa lah....penat sehhhhhhhhh.

Sunday, 2 August 2009

Happy...thanks to Umi..my dear friend in Bahrain..




A thousands of appreciation dedicate to my dear dear Umi Khausar..who lives n works in Bahrain for the call...Really excited...happy n joy over the moon...for the call.
Anyway...she is my friend..my school mate...hopefully she will read my entry...n perhaps that she will be back soon the waiting n calling for curry mee....n so on....hehehehehe
Jp lagi nak wat puding roti.....yeahaaaaaaaaaaaa...jom join cik Jah corner...
Orange bread..
yang ni aku edit2 je resepi puding biasa...roti banyak sgt yang buat sandwich utk budak2 skolah kemarin...berbuku2...so drpda membazir..meh try resepi nih..

.

Colour tu orange..tapi tal bright bila ambil gambar...tabur kismis..bila potong...macam2 mixed fruit ada..colourful...ngeh2...

  • Roti (apa2 brand la..)
  • Susu cair 1 tin
  • Kismis
  • Mixed fruit (dalam tin tu)
  • Orange oil
  • Agar
  • Gula mengikut citarasa
Cara..macam buat puding biasa...just roti n susu cair blend togahter...then agar tu masak...then tambah gula..then tambah apa yg korang blend td..last masukkan orange oil...susun la mixed fruit td dalam loyang ke bekas ke apa2 jelah...pastu the mixture pour into container..

Puding roti
  • Roti
  • Susu segar 1 kotak besar/susu cair 1 tin
  • Telur 5 biji (1buku roti)
  • kismis
atau try resepi ni..best gak...
  • santan
  • manisan
  • roti
  • telur
  • kismis
  • garam skit
cara sama je....lemak2 manis...ala2 tradisional.
blend susu dengan telur then susu roti yang disapu planta...then curahkan mixture td..pastu susun lagi layer by layer..selang-seli curahkan mixture tu..every layer tu tabur kismis..masa
blend jgn lupa tambah gula n esen vanilla skit...



Ni..over cooked...hehehe..leka layan FB..xtingat ada benda dalam oven....hahahaha..tapi ok..lagi...hahahahahaa....rasa xterjejas lagi..dah try td...