Green n fresh

Green n fresh
Cool the eyesight!!!

mE..mY LiFe...& fRiENdS

mE..mY LiFe...& fRiENdS

Thursday, 6 August 2009

Today..

  • Woke up later than usual....
  • Rushed to school....everything was done in few minutes...
  • Drove like to kill myself.
  • At school, ran here n there to settle down all the things.
  • Drove to SMK Sg. Tong..accompanied students for district level SPM tutorial.
  • Got a news about my service record had been sent to JPN Terengganu...joy over the moon....yeahaaa..
  • Very tired.....


KERANA DIA MANUSIA BIASA…

Assalamualaikum. .. Semoga bermanfaat.. …. baik utk yang melamar ataupun yg dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga……

Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga..

Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa ……

Kerana Dia Manusia Biasa …

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu?

Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi.

Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.

Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja.

Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, Dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka Berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya.

Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya.. . ..!!!

Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan Untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara.

Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That’s all…….Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.

Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.

Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa Kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur. “Aku tak boleh tidur.” Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini.

“Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur.”

“Ya.. ya.” Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.

Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya Nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini Saya pendamkan.

“Kenapa kamu memilih dia?” Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih hp dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu hp dia mengais lembaran kertas di dalamnya.

Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni.. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh…, dia malah ketawa geli hati.

“Buka aja.” Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. ………

“Teruknya dia ni.” Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat di atas, di barisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu……..

************ ********* ********* ********* ********* *

Kepada Yth ……..

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu’alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama …………. … menginginkan anda …………. ….. Untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa.

Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar Isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa.. Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak Berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho Dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu’alaikum Wr Wb

************ ********* ********* ********* ********* ******************* Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat ‘lamaran’ yang begitu indah.

Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.

Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

“Kenapa kamu memilih dia……?”

“Kerana dia manusia biasa……. .” Dia menjawab mantap. “Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.

Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari.

Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku..”

“Maksudnya?”

“Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betul tak? Paling tidak…. Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau Suatu masa nanti kami jadi miskin.

“Ssttt…… .” Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.

Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

“Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama.” Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

“Gik…..?”

“Tidur…… Dah malam.” Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur Segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang Tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah ‘proses usaha’. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan ‘nama’.

Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.

Ketika segala yang ‘melekat’ pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.

Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan Sebuah pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan Dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.

Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu ‘alam

* Dipetik dr blog seorang sahabat..

Wednesday, 5 August 2009

Malam Nisfu Syaa'ban

Malam ni malam nisfu Syaa'ban....biasanya kat masjid kat kampung saya akan adakan sedikit majlis....
slam memberikan pelbagai peluang keemasan yang seharusnya diterokai dan diikuti oleh setiap penganutnya. Peluang yang diberikan oleh Islam ialah dengan memberikan pelbagai tawaran dan ganjaran yang akan diperolehi sekiranya mereka berusaha untuk mematuhi ajarannya. Inilah yang mencorakkan keindahan ajaran Islam. Semua ini bertindak sebagai pencetus daya motivasi mereka untuk terus berusaha dan bekerja di samping mengejar segala kebaikan dan menjauhi segala kejahatan. Kelebihan yang baik itu seterusnya diberikan hanya kepada mereka yang berusaha mencari kebaikan dan menghapuskan kejahatan.

Salah satu peluang yang mesti direbut itu adalah mengejar kebaikan yang hanya diberikan oleh Allah dalam bulan-bulan tertentu dan tidak pada bulan-bulan yang lain. Jika ada, ganjaran di bulan tersebut tentunya lebih baik lagi jika dibandingkan dengan kebaikan yang ada pada bulan-bulan yang lain. Sesungguhnya, setiap ganjaran akan diberikan oleh Allah kepada para hambaNya dalam bulan-bulan tertentu. Ini bertujuan untuk meningkatkan kesungguhan mereka berusaha dan beramal, malah ini untuk kebaikan mereka juga. Inilah peluang keemasan yang semestinya mereka kejar dengan melakukan pelbagai perbuatan baik dan mulia. Sudah tentu, mereka pula janganlah semata-mata ingin memperolehi ganjaran itu, tetapi yang lebih utama adalah mendapatkan keredhaan Allah, dan inilah yang lebih penting. Kerana ganjaran baik itu akan mereka perolehi jika Allah meredhai amalan mereka.

Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat bermakna bagi para hamba yang ikhlas. Banyak hadis Rasul S.A.W yang diriwayatkan menceritakan kelebihan bulan ini. Antaranya ialah sabda Rasul S.A.W bermaksud: Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. Nabi S.A.W. memberikan simbolik bahawa bulan Syaaban sebagai bulan baginda. Ini diertikan sebagai bulan di mana baginda banyak melakukan amal ibadah. Simbolik ini juga bererti umatnya sepatutnya melakukan banyak amal ibadah sebagaimana yang banyak dilakukan oleh baginda.

Antara amalan yang amat digalakkan dilakukan dalam bulan ini ialah puasa. Amalan ini bolehlah dianggap sebagai satu amalan yang agak sukar, kerana ia benar-benar menguji ketahanan mental, emosi dan fizikal seseorang. Bagaimanapun, inilah antara amalan yang banyak ganjarannya jika dilakukan dalam bulan ini. Ini bertepatan dengan sabda Rasul S.A.W bermaksud, Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini, dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas dari kegelapan alam kubur, bebas dari hura-hara munkar dan nankir, ditutup Allah akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya.

Dalam sebuah hadis lain, baginda Rasul S.A.W. bersabda yang bermaksud, Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban, akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid. Itulah antara kelebihan berpuasa dalam bulan Syaaban. Di samping itu, berpuasa dalam bulan ini juga adalah sebagai persediaan untuk melakukan ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan.

Seterusnya bulan Syaaban ini juga merupakan bulan di mana setiap doa orang-orang beriman akan dimakbulkan Allah. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Umar, Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Di samping memohon doa, umat Islam juga digalakkan untuk bertaubat dan memohon keampunan di atas keterlanjuran mereka dalam bulan ini. Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini, pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan ribaĆ¢€™, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya.

Inilah antara beberapa kelebihan yang Allah kurniakan untuk para hambaNya dalam bulan Syaaban. Allah yang bersifat Maha Pemurah akan tetap memberi semua kelebihan ini bagi mereka yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam amalan mereka. Semua ganjaran ini juga adalah sebagai perangsang kepada mereka untuk melipatgandakan amalan dan usaha mereka. Mereka hendaklah merebut peluang keemasan ini untuk kejayaan mereka di dunia dan di akhirat selagi hayat di kandung badan. Ini juga bertepatan dengan maksud hadis Rasul S.A.W bermaksud, Rebutlah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara, masa muda sebelum datangnya masa tua, masa lapang sebelum datangnya masa sibuk, masa senang sebelum datangnya masa susah, masa sihat sebelum datangnya sakit dan masa hidup sebelum datangnya mati.


1. Telah memberitahu kepada kami Abdullah bin Yusuf Telah memberitahu kami Malik daripada Abi An-Nadhri daripada Abi Salamah daripada Sayyidatina ‘Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda S.A.W banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban.
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya )

2. Telah memberitahu kami Muaz bin Fudhalah telah memberitahu kami Hisham daripada Yahya daripada Abi Salamah sesungguhnya sayyidatina ‘Aishah telah memberitahunya dengan berkata : Nabi S.A.W tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban, dan baginda S.A.W telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda S.A.W bersabda : Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan ( mewajib )kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W adalah sembahyang(sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda S.A.W apabila mendirikan sembahyang maka baginda S.A.W sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya)

3. Telah memberitahu kami Sufian bin ‘Uyainah daripada Ibn Abi Labid daripada Abi Salamah telah berkata : Aku telah bertanya Sayyidatina ‘Aishah tentang puasa Rasulullah S.A.W maka dia menjawab : Adalah baginda S.A.W berpuasa sehingga kami berkata : Sesungguhnya baginda S.A.W telah berpuasa dan baginda s.A.W berbuka sehingga kami mengatakan : Telah baginda S.A.W berbuka. Aku tidak pernah melihat baginda S.A.W berpuasa dari sebulan sahaja lebih banyak daripada puasa baginda S.A.W pada bulan Sya’ban. Kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa Sya’ban sebulan penuh dan kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa sedikit daripadanya.
(Diriwayatkan oleh imam Muslim di dalam sohihnya)

4. Telah memberitahuku Muawiyah bin Soleh daripada Abdullah bin Abi Qais sesungguhnya dia telah mendengar Sayyidatina ‘Aishah berkata : Bulan yang disukai oleh Rasulullah S.A.W yang mana baginda S.A.W berpuasa padanya adalah bulan Sya’ban kemudian disambung puasa pada bulan Ramadhan.
( Hadis ini sanadnya Hasan dan diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasaei, Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi dan Al-Baghawi)

5. Telah memberitahuku Al-Maqburi daripada Abu Hurairah daripada Usamah bin Zaid telah berkata: Aku telah berkata : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kau telah melihat engkau berpuasa pada bulan yang mana aku tidak melihat engkau berpuasa pada bulan yang mana engkau puasa padanya. Soal Rasulullah S.A.W : Bulan apa? Aku telah berkata: Sya’ban bulan diantara Rejab dan Ramadhan yang mana melupai manusia mengenainya(diangkat kepadaNya) segala amalan semua hamba maka aku lebih suka amalanku tidak diangkat melainkan bersamanya aku berpuasa. Mka aku berkata lagi: Aku melihat engkau berpuasa pada hari Isnin dan Khamis dan tidak mengabaikan kedua-dua hari itu.Sabda baginda S.A.W : Sesungguhnya segala amalan semua hamba akan diangkat pada kedua-dua hari itu maka aku lebih suka tidak diangkat amalanku melainkan bersamanya aku berpuasa.
( Hadis ini sanadnya Hasan dan telah dikeluarkan oleh An-Nasaei, Imam Ahmad dan imam Al-Baihaqi )

HADIS MENGENAI KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BAN

1. Daripada Makhul daripada Malik bin Yakhamir daripada Muaz bin Jabal daripada Nabi S.A.W telah bersabda: Sesungguhnya Allah ta’ala memerhati makhlukNya pada malam nisfu(pertengahan) daripada Sya’ban maka Dia akan mengampuni semua makhlukNya melainkan orang yang syirik atau orang yang bermusuhan.
( Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Ibn Habban, Al-Baihaqi dan At-Thobarani )

2.Daripada Hisham bin Hassan daripada ( Al-Hasan daripada) Usman bin Abi Al-’As daripada Nabi S.A.W telah bersabda : Apabila tibanya malam nisfu (pertengahan) daripada bulan Sya’ban, pemanggil akan memang- gil : Adakah daripada mereka yang memohon keampunan maka nescaya diampun baginya ? Adakah daripada kalangan mereka yang meminta maka akan diberi? Maka tidak ada seseorang yang memohon sesuatu melainkan akan diberi melainkan penzina dengan kemaluannya ataupun orang syirik.
( Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Al-Kharaiti, Al-Baihaqi dan imam Sayuti )

Penerangan Hadis

1. Hadis-hadis ini menjelaskan kepada kita bagaimana kelebihan bulan Sya’ban yang mana Rasulullah S.A.W sentiasa berpuasa bahkan melebihi bulan-bulan yang lain.

2. Hadis-hadis ini juga menerangkan bagaimana hukum berpuasa pada bulan Sya’ban iaitu sunat bukannya wajib. Oleh itu baginda S.A.W kadang-kadang berpuasa penuh sebulan pada bulan ini dan pada suatu ketika baginda tidak berbuat demikian. Kita perlu ingat bahawa setiap perbuatan Rasulullah S.A.W merupakan sunnah fi’liyyah (sunnah yang berasaskan perbuatan) yang boleh dijadikan hujjah di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.

3. Baginda S.A.W juga menggalakkan kita agar di dalam melakukan sesuatu yang baik terutama dalam ibadat khusus seperti solat sunat, puasa sunat dan sedekah maka ia mestilah dilakukan secara berterusan walaupun sedikit. Kita kadang-kadang melakukan perkara ini secara banyak tetapi tidak berterusan dan ia dilakukan apabila timbulnya perasaan rajin sahaja. Ini menyebabkan kita kurang merasai hikmat dan kesan daripada amalan tersebut. Ini kerana apabila ia dilakukan secara berterusan akan mendatangkan kepada kita perasaan untuk menghisab dan menghitung diri sendiri secara berterusan dan ini akan melahirkan individu yang sentiasa berada dalam ibadat dan mengingati Allah setiap masa dan tempat sama ada ditikar sembahyang, ketika belajar mahupun ketika berkerja.

4. Galakan ini juga bertujuan untuk melatih dan membiasakan kita dengan berpuasa sebelum masuknya bulan Ramadhan yang memang kita mesti berpuasa padanya.
5. Baginda juga menekankan bagaimana seseorang muslim mesti percaya bahawa setiap amalan yang dilakukan bukanlah sia-sia malah ia akan diangkat kepada Allah untuk dihisab kualitinya. Apabila perasaan ini timbul sepanjang kehidupan dan peribadatan kita seharian akan menyebabkan kita semakin yakin kepada balasan Allah terhadap apa yang telah kita sama-sama tunaikan. Ini dapat menghindarkan diri daripada melakukan sesuatu ibadat sambil lewa dan penuh dengan perasaan malas dan juga mampu memberi peringatan agar jangan mendekati segala maksiat kerana setiap gerak laku kita diperhati dan dihisab oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

6. Baginda S.A.W juga menjelaskan bagaimana adanya waktu-waktu tertentu yang mempunyai kelebihannya tersendiri seperti pada hari Isnin dan Khamis serta pada bulan Sya’ban terutama pada malam pertengahan bulannya. Baginda S.A.W juga mengajar kita agar menggunakan kesempatan yang ada dengan berdoa dan beribadah kepada Allah.

7. Islam mengajar kita agar menjaga masa dan menggunakan peluang yang ada untuk beribadat bukannya dihabiskan begitu sahaja disebabkan kita tidak merasa berdosa apabila tidak mempedulikan masa. Orang kafir mapu menjaga masa dan menggunakan masa untuk perkara berfaedah serta tidak kurang juga digunakan untuk mengatur strategi di dalam menyerang Islam. Adakah kita terus hanyut dibuai mimpi sedangkan musuh Islam telah lama merancang untuk menghancurkan kita.

8. Islam mahu melahirkan umat yang berkualiti dalam ibadat, masa dan pekerjaan yang mana ia tidak menyuruh kita sekadar menunaikan ibadat khusus seperti sembahyang, puasa dan bersedekah sahaja tetapi juga menekankan agar setiap ibadat yang dilakukan mampu melahirkan umat yang sedar siapa mereka dan apa tanggungjawab mereka. Ingatlah bahawa Rasulullah S.A.W pernah memarahi sahabat yang hanya mahu beribadat khusus sahaja sedangkan baginda S.A.W sendiri bukan sahaja merupakan orang yang kuat beribadat khusus, memohon keampunan malah baginda juga sebagai bapa, suami, ahli masyarakat dan juga yang paling besar dan berat adalah sebagai pemimpin negara. Semuanya dikira ibadat jika dilakukan mengikut landasan Islam. Kita jangan termakan dengan dakyah sesat golongan kuffar yang menyatakan ibadat adalah perkara yang berkaitan dengan sembahyang, puasa, haji dan ibadat khusus yang lain sahaja tanpa mempedulikan kewajipan kita yang besar seperti tanggungjawab terhadap kerja, keluarga, masyarakat setempat dan juga pemerintahan negara.

9. Islam mencela mereka yang syirik, berzina dan bermusuhan yang mana doa mereka tidak dimaqbulkan.

Bibiografi

1. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibnu Hajar jilid 4 cetakan Maktabah Al-Risalah Al-Hadisah
2. Syarah Sohih Muslim oleh imam An-Nawawi jilid 15/16 cetakan Darul Makrifah
3. Kitab Fadahailul Auqat oleh Abi Bakar bin Al-Husin Al-Baihaqi di kaji oleh Adnan Abdul Rahman Majid Al-Qaisi cetakan Maktabah Al-Manarah Makah Mukarramah

Good versus Bad....winner?.

Today's topic is Good n bad things....The things that experienced by myself...almost everyday...I faced the same things on the previous days..and also today...
every official task ordered by the department..will be done immediately by us but the problem that always happen is the improper instruction...incomplete order...missing hard copy and so on...so for today...so many incomplete document that lead and caused for the pending action...and was almost getting dazed off to everything on my eyes...
Am very tired to entertain all the irresponsibly person...who do not committed with the duty...once u had signed for the agreement letter as the servant...so then u had to commit n responsible with your work and job...please do not take fr granted with the kindness from others...people may be sympathy with you but not for all the time...once u reach for the border...everything will be blown out...
Todal was lost my patience...and the anger covered me...tired with the students' trait...tired with the PPD ..n tired to deal with the stupid persons!
Tried to be more preserve...tried to stand stay with all the problems..but am not a robotic creatures which can be switched off n on the green button...am an ordinary human being...who has feeling...who know the tired...boring..n so on...
Tired..boring...tiredddddddddddddddddddddddddddd!!!!!
The good things for being a teacher....
  • teach other people and also teach own self..
  • learn to be more patience..
  • learn so many tasks...clerking, accounting, auditing...bla..bla..
Bad....
  • temperature n anger are 2 good friends...
  • pending task
  • disorder instruction
  • 'chicken brand' official job...
many moreeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!
Since am home alone rigth now...for my dinner tonigh just order m....y nephew to buy a 'nasi air' or porridge at the nearest night market at my kampong
enuf la....

Tuesday, 4 August 2009

Tired...

Today almost flat!!...Ran to K.T around 11 to fetch students who attended the KEM SPM...then rushed to school...planned to drop them at school..but they were spoiled brat students...so amny 'songeh'...then had to send them near to their house n turn back to my school...kan mcm susahkan aku je tu...manja sngt diorng ni..ngda2..tot aku ni driver...pegi dihantar...pulang dijemput..penat tau..nak ngajo lagi...nak urus itu n ini....then bergegas utk monitor program teknik jawab soalan SPM BM...aduhai...penat...coz..bila sampai school...form 5 students..berkeliaran je...heran macam xde bengkel..n macm xde kawalan...adush!!!Bila singa betina dah mula menapak....maka perlahan2 yang mana2 tersadai macam perahu buruk kat tepi2 tu mula make move...get inside...dalam dewan...sungguh tidak berpuas hati....2 front line..fully occupied but then...lompong....belakng tu plak baru ada...then the singe betina mengaum ke arah mangsa2...maka ksonglah tmpt belakang...perut dah vibrate..mulakan lagu keroncongnya...so aku bergegas ke lab...tengok apa yg ada utk lunch today..around 3.00....then sudah makan xsemapt minum air..serabut mata tengokkan pelajar2 lelaki form 5 lalu-lalang...it generates the temperatre to higher mode...basuh tangan...mula atur langkah...sorang demi sorang kena ambush....hambik ko!
Degil!.dah la BM xlulus...xkredit...bla..bla.....pegi masuk dewan sekarang....! Penceramah bukan main hebat dijemput khas...utk korang tapi korang buat tak tau je....
GERAM! MARAH! KECEWA!SEDIH!!!!! Segala macam perasaan ada....kenapalah mereka ini langsung tidak pandai menghargai peluang yang ada....kenapa hati mereka sebegitu....
BOSAN!
Aku bergerak ke arah dewan...dalam mengejar waktu...solat belum lagi dilangsungkan....berpatah semual ke makmal...berwuduk....then ..Allahuakbar...........Assalamualaikum...kanan n kiri....sedikit doa kupanjar dariNya....moga tenang n senang segala urusan...
Kembali kepada urusan tertangguh....Alhamdulillah..keadaan kembali ok...pelajar2 di tempat sepatutnya sehinggah selesai...kehadiran agak memuaskan..
Itulah kehidupan setakat hari ini...oooh ya..petang tadi ke rumah kawan kakak menghantar sedikit hasil kutipan dari kebun...rambutan durian rezeki melimpah...dikongsi bersama rakan n taulan...dapat merasa serba sedikit....

Monday, 3 August 2009

no idea

salam...world!
Today have no idea...just beginning of new week...everything need to refresh...need to look for new mood...new idea...n everything is under consideration.
Teaching? Like usual..proceed as well as I ever done before.
Cooking?Activities at school? Everything is ok....2moro is another day to be started...more ideas are needed....hhuhuhuh..poning kopalo...owh..2moro have to fetch the students at Sumai suite Hotel...part timer driver..biasa lah....penat sehhhhhhhhh.

Sunday, 2 August 2009

Happy...thanks to Umi..my dear friend in Bahrain..




A thousands of appreciation dedicate to my dear dear Umi Khausar..who lives n works in Bahrain for the call...Really excited...happy n joy over the moon...for the call.
Anyway...she is my friend..my school mate...hopefully she will read my entry...n perhaps that she will be back soon the waiting n calling for curry mee....n so on....hehehehehe
Jp lagi nak wat puding roti.....yeahaaaaaaaaaaaa...jom join cik Jah corner...
Orange bread..
yang ni aku edit2 je resepi puding biasa...roti banyak sgt yang buat sandwich utk budak2 skolah kemarin...berbuku2...so drpda membazir..meh try resepi nih..

.

Colour tu orange..tapi tal bright bila ambil gambar...tabur kismis..bila potong...macam2 mixed fruit ada..colourful...ngeh2...

  • Roti (apa2 brand la..)
  • Susu cair 1 tin
  • Kismis
  • Mixed fruit (dalam tin tu)
  • Orange oil
  • Agar
  • Gula mengikut citarasa
Cara..macam buat puding biasa...just roti n susu cair blend togahter...then agar tu masak...then tambah gula..then tambah apa yg korang blend td..last masukkan orange oil...susun la mixed fruit td dalam loyang ke bekas ke apa2 jelah...pastu the mixture pour into container..

Puding roti
  • Roti
  • Susu segar 1 kotak besar/susu cair 1 tin
  • Telur 5 biji (1buku roti)
  • kismis
atau try resepi ni..best gak...
  • santan
  • manisan
  • roti
  • telur
  • kismis
  • garam skit
cara sama je....lemak2 manis...ala2 tradisional.
blend susu dengan telur then susu roti yang disapu planta...then curahkan mixture td..pastu susun lagi layer by layer..selang-seli curahkan mixture tu..every layer tu tabur kismis..masa
blend jgn lupa tambah gula n esen vanilla skit...



Ni..over cooked...hehehe..leka layan FB..xtingat ada benda dalam oven....hahahaha..tapi ok..lagi...hahahahahaa....rasa xterjejas lagi..dah try td...

Friday, 31 July 2009

Risau...

Hai...lately banyak perkara yang merisaukan saya...especially ttg wabak H1N1 ni..pelbagai wabak menular sekarang ni....tak tau la puncanya...apa2 pun kena jaga segalanya...Dugaan atau musibah...hanya Dia yang tahu,,,
Satu perkara lagi...saya risau kalo2 saya dah baut orang lain kecik hati dengan gurauan saya.....Macam mana ye...harap2 akak maafkan saya....risau la.....................
Esok kena ganti kelas lagi...cikgu yang sepatutnya xdapat dtg...ptg plak aku jadi driver part time..kena hantar pelajar2 SPM ke Kem Akademi kat Sumai Suit K.T...penat je...xpe..xpe..as long as kerja....asalkan jangan stay tune kat umah je..BOSAN!

Wednesday, 29 July 2009

Tugas...

Actually dah lama saya peratikan..kat sekolah kan...kebanyakan cikgu2 ni..selain dr tugas mengajar...kan..ada byk lagi tugas2 sampingan...1001 macam tugas..bermula dari kira mengira..kerani...audit...setiausaha...jaga....tukang fotostat..n mcm2 lagi...sehinggakan kami..guru2 ni dah mahir sangat dalam pelbagai bab...kalo ikutkan sekular...tugas guru...mengajar..masuk kelas...handle or organize kelas tambahan..join n handle ko-kurikulum activities...tapi...lain plak jadinya bila ada segelintir 'orang' di pejabat yang lebih berkelulusan phD....huhuhuhuhuh....Ya Allah..kenapa la golongan tu PR skill diorang hancus....teruk...pendek kata segelintir je yg ok...aku cukup heran...tugas cikgu ni byk..bukan hanya nak masuk kelas..bebel pot..pet..pot..pet..habis masa kelaur goyang kaki..pi kantin..borak2...kalo ada yg macam tu...pon..adalah juga...cikgu2 yang tolol.tu...xsedar diri...gaji bulan2 masuk..tapi kelas xreti nak masuk...tau mai skull tido kat stor...balik awal....kelas tunggang-langgang..isk...terukkan!
So hari ni...banyak kena ganti kelas tambahan ..kelas cikgu2 lain...biasalah dah penyelaras..S/U SPM...aku yang wat jadual...so kalo ada cikgu xdatang aku la giler kuasa ganti kelas diorang..yang sakitnya..bilalast minute baru tau cikgu tu..xde..diorng pun satu...xreti nak inform...apa ingat aku ni kije nak gantikan kelas korang je ke...isk..susah deal dgn org bermasalah...dah tau masalah..xnak plak pencen awal...nyusahkan orang...je.
Xkisah kalo maklum awal..tapi kalo dah selalu asyik nama dia je...kelas dia je yang aku kena ganti..penat la woi!!!!!!ORang lain pon ada masalah jugak...tapi xdelah sampai kelas sendiri pon xamik pot...dah la awal tahun orang yang sama gak pedajalkan aku...dia senang je tolak tugas..n aku plak je yang kena take over..kije dia...dah giler kuasa sgt aku ni..nak buat itu n ini...huhuhuhu...poning kalo pk nak entertain kije orang@nak jadi kuli orang je......
Apa2pun....tingkatkan prestasi...elakkan kontroversi....hahahahaha

Tuesday, 28 July 2009

Hari ini...


Ni some of rambutans...from my dad's orchard..ada lagi kat luar tu...malas nak angkut bawak masuk dalam umah...
buah cempedak di luar pagar...tapi yang ini di dalam rumah...hehehehe

Durians......


Ni mee kari..saja wat eksyen..yang ni menu minggu lepas nih...mee kari udang.
Salam...hari ini everything was as clear as the water...and I like it very much..PEKA pun dah tinggal sikit lagi before key in the marks...Erm..jap lagi nak masak..mihun sup..esok nak makan ramai2 kat lab...desert plak..caramel pisang ke apa ntah namanya...erm...hajat nak amik resepi kawan tu buat mihun sup nogori...tapi tunggu resepi dari dia..xmai2...so buat guna resepi sendiri la...erm..lagipun 'orang' yang xpernah diundang ke rumah ni dah balik..xlah sakit hati sangat...walaupun dia tinggalkan banyak benda yang nak aku selesaikan bagi pihak dia..geram jugak..tapi itulah hakikat yang harus diterima...hidup atau mati..tetap macam tu jugak kisahnya...xberakhir sejak ia bermula...Ok...
Actually ruma bersepah sikit sejak kakak xde..pi kursus..2 hari lepas 'orang' tu ada..so aku malas nak tengok dia...pegi kije..balik n memerap dalam bilik je. So hari ini dia dah balik kot...Sabar je lah..berbelas tahun dah bersabar...apa nak buat..so nak hilangkan tensen or apa sahaja yang bersarang..jom jenguk ke dapur Cik Jah kita..heheheh..tadaaaaaaaaaaaa...

Caramel pisang..
  • Pisang lemak manis/pisang emas (bukan yang nak dibawa belayar@yang masak sebiji atas peti ye..)
  • Susu cair 1 tin
  • Kastard dalam 2-3 sudu
  • Kismis
  • Sedikit gula n garam
  • Air 3 tin susu
Masak susu cair, kastard n air then tambah gula sikit. Pisang tu goreng jangan sampai hangit.
Then susun pisang n tabur kismis, then tuangkan kuah yang dimasak. Ada gak orang tambah esen vanilla, tapi macam xbest sebab rasa manis pisang tu akan tenggelam..so saya pilih untuk tidak masukkan esen vanilla tu....

Mihun sup Cik Jah...hehehehe
  • Bawang merah, bawang putih n halia (kisar)
  • Rempah kurma (2-3 sudu je)
  • 2 batang Serai (ketuk)
  • Rempah kasar (tumis)
  • Sup bunjut (xletak pun xpe)
  • Ayam (potong kecik2)
  • Fish ball (goreng dulu)
  • Sambal kicap...bawang putih n cili padi n kicap..(blend n masak sekejap takut sakit perut plak)

Monday, 27 July 2009

Busy

Lately..kerja xdelah byk ksgt..tapi mood nak up date blog xberapa nak 'meriah'..heheheh..skrg addicted dgn Facebook plak...tapi dah jarang juga nak up date..sign in just tgok apa2 latest news...
Erm banyak aktiviti kat sekolah 2-3 hari ni..aktiviti kawan2 je..bukan official...lagipun tengah kalut nak habiskan hal2 PEKA Kimia ni...ULBS dah settle...Erm..Khamis last week masak lagi mee kari untuk pot luck makmal...then semalam buatkan spageti untuk kak azimah...school macam biasa...aku je yang kadang2 xnormal...susah nak handle persekitaran skrg nak adapt dengan jiwa nih...tapi sebaik2nya aku cuba jadi manusia yang bersyukur..bersabar dengan segala macam kerenah dan rencah yang ada...Moga aku semakin tabah untuk teruskan hidup yang indah ini...

Tuesday, 21 July 2009

Mana Rekod Perkhidmatanku??????????????????

Watcha!!!!!Rasanya macam nak fire je Unit Rekod JPN Sarawak!!!!!
Dari awal tahun aku try berhubung tanyakan khabar berita RP aku..!!!
Tapi sehingga hari ini tiada khabar berita!!!Hampeh!
Dah kukirmkan segala watikah2 yang diperlukan..dah aku call tanya khabar berita..tapi boleh dia cakap xde..aku siap call post office kuching mintak pengesahan..kat mana pos express yg aku kirim tu..dah pon diserahkan!!!!
Geram!!!LEmbab!!!!Pending byk perkara kalo hal ni xsettle!!!!!!

Dan sebenarnya..Yuna

Oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh

Monday, 20 July 2009

Hari ini...

Ni buku-buku yang baru dibeli..tapi baru beberapa muka surat yang saya sempat baca...

Membuktikan saya rajin membeli..tapi malas membaca....

Entah bila nak habiskan buku ni....

Kereta yang perlu dibasuh...

Petang tadi masa saya dihabiskan untuk 'mandikan' dia....

Accident...


Keadaan kereta Avnaza yang terlibat dalam kemalangan pagi tadi...tak pasti jam berapa kejadia berlaku sekitar 8.30-9.30...pagi melibatkan PK 1 sekolah saya....semoga keadaan Puan Zaitun bertmabha baik..Al-Fatihah untuk arwah adiknya yang meninggal....
Pagi-pagi lagi saya dikejutkan dengan satu mesej dari hand phone Nokia saya tu..
"Kak Ton PK1 accident"
kak Tun tu adalah PK 1 terbaik pernah saya jumpa setakakt saya berkhidmat..(baru je ngajar 4 tahun,,baru 2 buah sekolah..hehehee)
Kebetulan pulak pagi ni saya ada urusan di Kuala Terengganu..so saya bercadang untuk menziarahi dia bila saya balik dari K.T...agak teruk keadaan Avanza yang dipandu oleh suaminya..menurut maklumat yang dapat...adik kepada PK 1 meniggal..innalillah....tengok kepada keaddan Avanza dia..agak teruk...InsyaAllah esok saya dan kawan2 akan menziarahi dia di kampungnya...tadi semasa on the way back...saya diberitahu dia sudah dibawa pulang bersama jenazah arwah ke kampung ibunya di Paloh, Kuala Terengganu.

Sunday, 19 July 2009

Mee kari n pengat durian


Menu n juadah untuk kak Naimah berbuka puasa dalam hutan..kek lapis tinggal 'secoet' je sebab kena 'pau' dek students...sib baik sempat diselamatkan...hihihihih
Hai..n hai....tadi dah post satu entry..ni ada lagi satu..rajin plak hari ni...ok lah before pegi camping last Friday...sempat masak mee kari n pengat durian...bawak bekal ke sana...khamis tu sempat buat kek lapis coklat...erm mi kari ni khas untuk kak Naimah yang puasa...pengat durian plak..saja buat ..dah banyak sangt durian kat rumah.....so alhamdulillah...dapat sambutan hangat n hangit .....hahahahahahaha...
Resepi..untuk mi kari....
  • Bawang merah
  • Halia sikit je
  • Bawang putih
  • cili boh
  • rempah kari
  • rempah kasar (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih)
  • santan
  • daun kari
  • udang, kerang, ayam....
  • garam, gula.
  • mee kuning
Resepi pengat durian..
  • Santan
  • daun pandan
  • Manisan
  • Garam skit
  • Durian lah...
gula skit...

School camping...my Balqis homecoming..local fruits season..












Fascinating..place.

Hi...Salam.
Here am back to share a lot of stories...another anecdotes to tell...to write.
On Thursday, 16th July 2009. I was successful organized a 'Temu Murni' with the cooperation of some other teachers. We worked in team n the result was awesome..even the attendance of parents were not reach 50% but almost the figure! Something which was made us feeling good...
Then a lot of us rushed to the 'Kawasan Rekreasi Cakah' Setiu for our school camping..My friends n I stayed one night there...a very beautiful place...Returned home on Saturday...the same day my dear Balqis arrival to her grandpa's home...

Local fruits?
Yes..now it is a heaven of local fruits ay place...Durians, mangosteen, rambutans, duku....and etc..
My brother came back from Klang...and he was overjoyed with the smell of The King of local fruits....stucked here having some duirans....hahahahah

Wednesday, 15 July 2009

Kerja..kerja..dan kerja...

Hai...minggu ni xpernah lagi balik awal...paling awal..pon pukul 3 lebih jugak. Semuanya kerana nak selesaikan perkara itu n ini sehinggakan diri sendiri xterurus sangat...cukup sekadar untuk pergi kerja...yang lainnya semuanyan pending for further action...ntah la..komited sangat ke dengan kerja?????????????
Yess...Absolutely!!! Saya dilahirkan sebagai seorang yang komited dengan bidang tugas yang tergalas di bahu...selagi terdaya untuk laksanakan ...saya akan usahakan sehinggakan saya dah xlarat...xmampu...walau selaut air mata yang membasahi...semua tu bukan penghalang...wakakakakakakakaka....kenapa sampai macam tu entry saya kali ini...terlalu memuji diri...Ya Allah...bukan itu niat saya...sekadar luahan//kerja saya semakin hari semakin bertambah...bermula sebagai guru..mengajar ilmu kimia...berkongsi ilmu serba-sedikit dalam bidang bahasa inggeris...kemudian penyelaras tingkatan 5...s/u projek SPM....dan terkini..saya menjalankan tugas KEtua Panitia BAHASA MELAYU!!!! Pelik tak?????Xkot...tapi agak pelik kerana bukan di sekolah saya tidak ada KP BM....tapi entahlah....payah je rasanya nak taipkan kenapa saya yang menjalankan tugas2 itu...apa2 pun asalkan niat ikhlas..pastinya allah akan tolong permudahkan urusan kita kan??????????????Kata n pesan PK 1 saya...terima semuanya sebagai pelajaran...n pengalaman macam mana nak uruskan kerja...xapa...saya terima!!!!!
Esok ada majlis TEmu Murni...Pelajar SPM..saya agak kelam kabut...mudah-mudahan segalanya akan ok esok.....amin!!!

Friday, 10 July 2009

Promotion....Cookies n cakes for Aidilfitri..



Ni kek lapis Mixed fruity jem...sebijik RM65 dalam sekilo lebih...saiz 9 inch X 9 inch..sesiapa berminat nak tempah...leh mesej tru email...Limited for Terengganu area...especially Kuala Terengganu, Besut n Setiu....heheh
Heheheheeh....kepada sesiapa nak tempah kuih2biskut raya...or kek...next week saya akan pamirkan sample...ngan harga sekali.....

My Bestfriend Wedding..



Ni pics kawin member baik saya....dia pbaru send tru email...She is now in Sarikei....anyway..congratulation fren!!!

gERAM

Gera saya bila memikirkan REKOD PERKHIDMATAN saya masih sangkut di JPN Sarawak! Dah berkali-kali call, tapi tak official kalo call kan?Mesti kena tulis surat...rasanya JPN Terengganu dah hantar memo..last year saya dah buat surat berkaitan dengan Sijil Gaji Akhir..Alhamdulillah..lepas hantar surat ada respond..kali ni dah ak masuk 2 tahun saya bertapa di bumi Terengganu, menjalankan rutin tugas seorang cikgu di bumi sendiri..tapi REKOD PERKHIDMATAN masih di Sarawak, macam mana????????????????It means body je di sini..tapi apa saja yang saya buat tak direkod...kenaikan gaji..waima segala macam lagi..Aduh!!! Pening saya! Bila saya call Unit Rekod JPN Sarawak...banyak dokumen tak lengkap n tak boleh nak up date..Then..takkan saya yang kena lengkapkan dokumen tu...do something la kalo dah tau apa yang tak ada kan?GERAM!!!!!
Tak apa..saya akan gunakan saluran yang betul kali ni..saya dah call SPP Sarawak...depa dah bagi hint apa yang perlu saya buat..sebab banyak perkara yang tertangguh akibat dari pending of Service Record nih...!
Erm.ada lagi! Tunggakan elaun n gaji yang lama pon blooooooooooooooooom settle!!!!!Tak apa....saya akan buat sesuatu!!!!!Sabar....sabar......

Monday, 6 July 2009

Meeting&Kerja

Aduh..hari ni hampir seharian kat tempat kerja...dengan kelas yang full..pastu mengah2 nak siapkan preparation for meeting ptg...Baba2 meeting..nak prepare material ok je..tp nak conduct the meeting tu yang problem skit...hihihihi..si Alhadulillah...everything went smoothly...penat..!Nak tido!

Sunday, 5 July 2009

Buah manggis @ Mangosteen

PErgh..best betul...balik je kije tengok ada buah manggis kat dapur....hahaha..my favorite..best..best...tu lah yan gbest kalo kat kampung..dapat maka buah-buahan fresh...dari dusun...xpayah nak g pasar malam ke...pasar pagi ke...Giant ke..Tesco ke...kalo local fruit...ambil galah...terus jolokkan je...kat pokok tu...
Erm kerja hari ini ok je...cuaca pon merestui kami menjalankan tugas2 rutin kami macam biasa...just sedih dengan kerenah pelajar2 yang makin hari makin terkurang hajar! Makin mengurang ajaran dalam diri mereka...Ya Allah...bukakan la pintu hati mereka agar tahu menghormati orang lain...tahu menghargai diri mereka....pandai menggunakan peluang yang ada sebaiknya..amin.

Saturday, 4 July 2009

Sekadar titipan mengimbau kenangan...

Wah..pejam celik...pejam celik..tutup mata...buka mata....buka mata..tutup mata...rupanya dah lebih 10 tahun tinggalkan zaman sekolah..Rasanya xlogik kalo xsedar semua tu...sebenarnya sangat sedar akan masa yang cepat n pantas berlalu...Kadang terleka dengan tugas...n rutin yang sememangnya berbeza dengan zaman kanak-kanak riang ria dulu...Sebut tentang sekolah menengah...Lima tahun bertapa bernaung di bawah bumbung atap asrama TJ...Idea untuk imbas sedikit sebanyak zaman2 silam ni tercetus setelah membaca coretan salah seorang rakan sekolah dulu yang kini mengembara di bumi Bahrain...Thanks friend for the memorial...
TJ kalo disebut merata xlah sehebat TKC..KIK or mana2 boarding school yang hebat2 tu..tapi menjadi anak didik TJ merupakan satu pengalaman n ilmu yang xternilai...bukan sekadar duniawi..malah ukhrawi turut diselit...Aduhai...rindunya 5 waktu berjemaah...walaupun agak liat bangun pagi, tapi masih sempat berjemaah Subuh...berebut2 bilik air, beratur dengan baldi dan segala macam alatan toiletries..denga mata yangterpisat-pisat..kalo lewat, nnt xde air...siapa bangun awal..untung dapat mandi awal..yang liat macam aku..ni terkedek-kedek...menunggu sampai tersengguk2...barisan yang ada...xkalah mak cik jual goreng pisang...hehehehe...Tima makan..xpayah nak cerita....siapa awal..kat depan..yang mengelat pun ada....main 'chop' temapt..Menu?alahai..xpayah cakap..macam2 ada...dari ikan tenggiri...hinggalah ikang jaket tebal...semua ada...Ada yang bekalkan budu..tempoyak...sambal..penambah selera...maklumlah..masakan kawah ni....faham2 la...at least ada semua tu...habis lah satu tray nasi tu...time makan bingit je dining hall....masa tu la nak bercerita itu n ini....tu pasal best kalo pegi makan secara beramai2...duduk semeja..mulalah tangan n mulut sama rancak..cakap n kunyah....Ya Allah....xsenonoh..makan sambil bercakap....heheheheheh
dah tu berkejar plak ke musalla..solat maghrib...isyak...kalo time weekend xdapat balik..penuh la panggung asteri tu...especially time filem hindustan...yang bestnye..time gelak....gegak-gempita jadinya..time sedih....meleleh airmata berjemaah la...hihihihihi...petang2 main volley ball...ping-pong...tu je game yang dapat main masa tu...jangan kata islamic school xreti main sukan tau!...
Time prep..lain plak cerita..mcm yang pemalas like me....sealu sneaking ponteng prep..xpon prep dalam dorm...hehehehehe...bila malam je....ramaila yang mula takut....takut penceroboh masuk...sentiasa waspada....sebab hanya kami yang tahu bagaimana perasaan takut tu...kalo yang dah sedia penakut macam aku ni...takut banyak benda...heheheheheh...
Tak pernah rasa boring...sehinggakan dah habis tingkatan 5...dah hingga sekarang pon masih rindu..tapi rasanya dah tak ada macam apa yang kami lalui dulu...sekali-sekala melimpas...kawasan TJ..tengok semua bangunan baru gah berdiri...dah xda bangunan tingkatan 1 yang usang dulu tu....bangunan form 1 yang sederet dengan koperasi...Cikgu Hasyimah..
Belakang bangunan tu ada kebun untuk subjek KH Pertanian...Time buat assyura...best giler...time bula pose..lagi lah brst..nak2 kalo ada orang kelaur g Batu 6 ke...ke bndr ke..dapat kirim makanan..kuih-muih...best2...best2...makan ramai2...
Isk..banyak kalo nak imbas scan semua cerita 5 thun tu..tapi cukup la...sekadar ingatan...nanti ada masa sambung lagi....up load pics zaman2 dulu2...lucu je tengok...hihihihihih..

Friday, 3 July 2009

Weekend

The inner pain....no one sees..no one knows..nobody understands....


Hopefully to be here...but when?


This tears will never stop flowing down..
This eye will never lie..the sadness inside..show how hurt it is..how does the feelings itself..


Sad?Happy?Cool?Cheerful?Whatever it is...it can never be the same...sometime lies sometime true..

Feel lonely?Experienced the loneliness childhood...spent the child time alone...poor kid..
She was very lonely...poor little girl.
Weekend?Buat apa during weekend?Nothing....relax kat rumah sorang2..supposed to go to La Hot Spring...Besut with my students...but canceled.Y?Adala.....rahsia.
So..today is Friday...got nothing to do for the whole Friday..watching TV...TV watching ...
Feel a bit boring....not a bit..but completely boring. BTW have to face it...no matter how hard it is..at this age..spending life staying at home doing nothing!
Am not trying to 'merungut' or regret with all this fated to me..but just to say something....
All the loneliness resulted a big bang to me....huhuhhuuhuh...
All this while just try to accept all as the good sake for me....perhaps so....
Sakit kepala betul..berdenyut2...selalu macam ni kalo weekend...kalo working days xde plak macam ni..hairan jugak...
Actually I got the idea of being like this...actually I can't just stay without doing anything..at least I do something...move out...sometime feel that bad sad...but conflict happens to me..there r pros and cons of being like this..I'm arguing with my emotion...My emotion says this but my mind against it...how?

Wednesday, 1 July 2009

1001 macam cerita dan rasa...

Hari ini rasa macam laju sangat pergerakan..macam lipas kudung buat kerja..tapi alhamdulillah..memuaskan..sedar2 dah petang..berkejar ke sana ke mari...buat itu dan ini tanpa sedari masa itu cepat berlalu..
Dalam kepala ni sarat dengan pelbagai hal..kerja yang xsempat nak settle...n macam2 lagi lah.
Hari-hari macam ni je..rasanya. Mula terasa kekangan masa terhad...tapi Tuhan dah bagi 24jam...xkan xcukup lagi?Kenapa mesti rasa xcukup masa?Xbersyukur ke?Alahai...pelbagai rasa yang ada...adakala sikap n perangai juga tabiat lama masih bersarang dlam diri..susahnya nak berubah ke arah lebih baik..BENCI betul..setiap pagi terkejar-kejar untuk ke tempat kerja...puncaya bangun lewat..suka lengah-lengahkan masa..aduhai!!!Dah berpuluh tahun hidup..setiap kali masuk tahun baru..mula berazamagar tahun baru lebih baik dari tahun2 yang sudah..tapi sudahnya macam tak pernah berazam je...HAH!...memang tak pernah ada azam yang jitu pun!!!BINGGO!
Ikutkan prinsip xsuka bawak kije balik rumah..tapi.................ada saja tapi yangmendatang tu..kenapa ye?disiplin semasa bekerja di Goodyear Malaysia Berhad dulu masih tersemat...habiskan kerja di office.xperlu bawak balik...rumah..tapi itu dulu..zaman kije private..balik lewat mcm mn pun xapa...tapi skrg dah joint G'ment...paling lewat kul 5 je manusia2 kat tempat kerja...then lepas tu berceridai la pulng ke tempat masing2..aduh!kadang2 macam susah je..tapi masalah birokrasi pun banyak! Pergerakan kerja dalam jabatan kerajaan??????????Sangat lemah...Huh!!!!berani mengutuk ye....xsayang kerja ke?Cuba untuk nyatakan kebenaran..salah ke?Ntah la....rasa terjerut leher ni..dalam keaddan mcm ni..tapi nak luah rasa mcm xberbaloi...tiada perubahan..masih macam tu...hairan kan?
Erm..nak sambung master?Ye....tapi xtahu bila..susah la nak buat keputusan...Itula hmasalah paling besar dalam diri. Tak reti nak decide ke?Ye..betul..betul...betul!
Kesian kan?menag la..tapi masih macam tu juga..tengok kawan-kawan jauh bergerak melangkah ke depan...tinggalkan diri ...susahnya nak berubah!!!!!!
Tak apa...banyak2 berdoa...minta tuhan permudahkan segala urusan....murahkan rezeki..panjangkan umur...sihatkan tubuh badan....agar satu hari yang lain nanti dapatlagi pergi ke sana...ziarah tempat suci...beribadat di Tanah suci...bertafakur di dalam Masjidil Haram tanpa mengingati hal2 duniawi....Aduh..rindunya!!!!!!
Semoga dimurahkan lagi rezeki ye...tapi...aduh!Tapi lagi....xapa...just nak nyatakan kebenaran...xsalah rasanya...tempian gawat turut terasa...Gawat ke?hehehehe.....mengharapkan Tuhan murahkan lagi rezeki...............amin!!!

Wednesday, 24 June 2009

Drama Nur Kasih

DRAMA NUR KASIH...
Aku selalu stun kat depan Tv setiap malam Jumaat...kenapa?Aku tengok drama NUR KASIH...awalnya tengok iklan kat tv tu aku xpasti lagi apa ceritanya...then when I was tried it for the 1st episode...then I started to addicted with this drama....
Ceritanya xlah mcm cerita lain yang pernah aku tengok...ada lain banyak la...bukan totally drama dakwah ke apa ke..tapi satu garapan yang menarik..berlatar belakangkan sebuah kampung yang indah permai..damai..tenang...kisahkan keluarga yang berpegang pada agama dalam mendidik anak-anak...namun tak semua yang mampu menurut..Adam dan Aidil..dua beradik yang berlainan karakter...membesar di bawah satu bumbung...dan terpisah mengejar cita-cita...di bumi asing...pulang bila menerima berita si ayah makin tenat.
Adam...sentiasa protes dengan apa sahaja kehendak dan suruhan ayahnya...
Aidil...seorang yang patuh...bertolak-ansur..sayang akan keluarga...
Amina...mengejar cita-cita di sebalik keperitan tersimpan di dalam hati...sedih kenangkan sikap suami...Adam.
ok...setakat tu je dulu ceritanya..nanti aku sambung lagi..mengarang..on behalf pengarang drama ni....hihihihihihihih

Nur Kasih...


Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih

Tired....Failure...n etc

Hi..to all readers who read my entry....
Am just at home....after almost 8 hrs at school..doing a lot of things..here n there.
today nothing much happened at work...but there were some unexpected things which may break my head...into pieces.
And desperately felt that that I was the one who is emotional when something hit me...and totally fail to control the things perfectly. Enough to be called as a failure in handling things.
I am trying to perform the best as I could do...but things come to and fro to me...the incoming things are more than the outgoing..and this is something difficult for me to have it.
Am hoping that everything will be okay someday..perhaps that things would be easier for me...
Damn tired to entertain others' traits...sometime the things running on without the right order...improper order...and tired to see the same things...created by the irresponsible one...huh!!!!!

Tuesday, 23 June 2009

Am happy....

Salam....there is nothing much to say..just..these little sweet words................
"I am very happy...to listen it....."
"I am very glad to hear it...."
And I wanna say highly appreciation....for that thing...
Thank you friend...

Friday, 19 June 2009

Sahabat

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah